Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, March 16, 2018

masak lemak baby sawi putih


bila tak rajin sangat nak masak, sayur pun dah tak terfikir nak beli yang mana... selalunya yang kak rose beli yang boleh tahan lama dalam fridge.... sbb bila dah beli tu, entah bila la pulak nak masaknya... banyak kali dah cik tong jer yang dapat bila dah tak boleh diselamatkan... terutamanya sayur hijau cenggini. baby sawi ni pun dah beli minggu lepas, basuh elok2, bungkus dengan surat kabar dan masuk dalam plastik... seminggu masih elok segar dalam fridge... so meh la kita masak lemak untuk dinner...

bahan2:-
baby sawi putih, basuh dan potong2kan
sedikit carrot, potong serong
udang kering - ditumbuk sedikit)
bawang merah
santan cair dan pekat
sedikit garam dan gula

Cara:
 masukkan bawang merah dan udang kering dalam periuk berisi santan cair
didhkan, sambil tu kacau selalu supaya tak pecah santan
masukkan carrot masak hingga lembut
bila dah lembut, masukkan baby sawi
masukkan santan pekat (kena kacau sentiasa agar tak pecah santan)
peraskan garam n gulanya
dah siap..

No comments: