Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, February 1, 2018

Mini apam balik inti kelapa

 Asalamualaikum dan salam 1st february... cepatnya masa berlalu kan... dan bila cita cita nak buat apam balik terus terbantut sbb salah sendiri... jagung tin yang dibeli adalah jagung kernel instead of jagung cream yang buat inti apam balik tu... adusss!!! nasib baik ada resepi apam balik mini dan nasib baik jugak sbb ade kelapa muda untuk buat inti ni... so jadilah mini apam balik dengan inti kelapa manis ni... agaknya inti tu boleh dipelbagaikan kot.... boleh lain kali nak cuba isi dengan sadin ker... tak cuba tak tahu sedap ke idok kan?

 resepi nya prnah kak rose tepek kat dapo maya ni... sekali check, rupanya dah setahun lalu kak rose buat kuih apam balik mini ni... so meh la tepek lagi sekali resepi mini apam balik ni...nak ngap memang sedap tapi yang kurenggg nya bila kena buat satu2 kulit apam yang kecik2 comei ni.... kena banyak bersabar lah ya..

Bahan untuk kulit:
1 cawan tepung naik sendiri ~ tepung gandum pun boleh
1 biji telur
1/4 cawan gula pasir
1/2 st soda bikarbonate
1/2 st baking powder ~ jika guna tepung gandum
3/4 cawan susu cair ~ air biasa pun boleh
sedikit pewarna kuning
sedikit margerin untuk mengoles  ~ jika guna kuali biasa
 
Caranya:
1. Satukan semua bahan kecuali margerin. Kacau rata.
2. Blender halus kemudian tapis.
3. Diamkan sebentar.
4. Panaskan kuali non stick . Ambil sedikit adunan, buat seperti kuih dadar, bila permukaan atas adunan dah kering, angkat.
5. Letak inti kelapa diatas permukaan kulit, lipat dan siap dimakan.

No comments: