Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, February 8, 2018

Apam perlis yang sedap..

 Apam perlis, ada yang bagi nama apam lipat juga apam tangkup... apa pun namanya idnya cu,a lah apam yang sedap bagi kak rose le... lain orang lain cita rasakan... dan kuih ni pun intinya boleh dipelbagaikan... ada yang suka guna inti kastad, tapi kak rose lebih suka kalau guna inti kelapa manis... bertambah manis la kuih apam ni. tu yang sedap kan... mungkin lain kali boleh buat guna inti yang savoury macam inti karipap tu kan... tapi entah bila la pulak nak buat lagi... huhu

 kak rose kongsikan resepinya kat sini, terima kasih pada Madiha yang kongsikan resepi ni... atau nak guna resepi kulit mini apam balik tu pun ok jugak... seakan jer, cumanya kena biarkan sekejap sebelum didadar...

Bahan Kulitnya:

2 cwn tepung gandum
2 1/2 cwn air
sedikit garam
1 s/k baking powder (ku memandai tambah)
1/2 s/k soda bikarbonat (tambah gak)
1 biji telur (ini pun sama pepandai tambah)
sedikit pewarna kuning dan kaler ijo, kak rose tambah tp x cukup ijo lak kalernya!)
(kak rose ikut macam Madiha)

Cara2 menyediakan:

Campur kesemua bahan mesin n tapis kemudian masak seperti kita masak kuih dadar
tapi buat kepingan kecil2 je.. masak sebelah je..tak perlu terbalikkan. guna kuali non stick yg bersaiz kecil.
setelah masak angkat kedlm pinggan letak inti di tengah dan tangkupkan dengan menekan sikit di tepi2nya. kak rose guna acuan karipap.

No comments: