Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, December 26, 2017

Mee hoon soto untuk majlis Al-Kahfi

 sebahagian dari 30 mangkuk yang dah siap untuk juadah lepas majlis..

Asalamualaikum dan salam selasa terakhir di tahun 2017...dah hampir setahun kak rose berada semula di shah alam setelah berpindah ke Penang selam dua tahun... rasanya baru jer lagi berpenat2 mengemas dan berpindah, kini dah hampir setahun rupanya! dan dah berkali2 jugak kak rose buat majlis bacaan mingguan Surah Al-Kahfi dirumah pada pagi jumaat... dan ini kisah pada jumaat lepas, kak rose menggantikan kawan yang tak dapat nak buat dirumahnya.. so ni kira ad hoc punya persediaan lah. malam tu kak rose sediakan menu untuk jamuan pagi tu, buat yang mudah jer.. mee hoon soto ad hoc namanya!

 kuah soto resepi dari CMG yang sentiasa menepati citarasa kak rose. mekasih ya Mat... kak rose kongsikan kat sini resepinya..resepi ni kak rose gandakan hingga 4 kali, tu yang jadi kuah seperiuk beso!

BAHAN KUAH SOTO :-)
1.5 kg rangka ayam, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat kasar2
1 genggam bawang goreng
Air secukupnya (anggaran 5 - 6 liter)
2 camca besar rempah sup "Adabi"
1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"
1 biji bawang besar*
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1.5 inci halia*
4 biji buah keras*
1/4 inci kunyit hidup*
1 camca besar lada hitam biji*(*dikisar halus)
BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
BAHAN LAIN :-)
Nasi impit, didadu (kak rose guna mee hoon, dicelur)
Begedel (kak rose buat begedil daging)
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap
Cili kicap
Soo hoon goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang dicarik halus
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng 
 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH SOTO :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan serai, lengkuas dan bahan kisar halus, tumis hingga wangi. Rempah sup dan kurma, disatukan dan bancuh dgn sedikit air, kacau rata dan masukkan dalam peruk tadi, tumis hingga rempah sedikit garing. Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biar kecut sekejap. Tuang air secukupnya, masukkan bawang goreng dan daun sup, kacau rata dan biar mendidih. Kecilkan api dan renih 1 - 2 jam, tambah garam, secukup rasa..
  2. UNTUK SOTO AYAM :- Isi mee hoon secukupnya dalam mangkuk, tuang kuah. Letak begedel, dan bahan2 lain. Nikmati soto dengan sambal kicap..hmmmm..
CATATAN MAT GEBU :- Bahagian ayam yang berdaging, direbus sekali dalam kuah soto selama 30 minit, kemudian keluarkan, (pas tu kak rose gorengkan sekejap) biar sejuk dan carik halus. Untuk sambal kicap tu, anda tumbuk cili padi hingga halus, tambah gula dan bawang puith, tumbuk lagi hingga hancur, tuang kicap lemak masin secukupnya, kacau rata dan boleh gunakan 
 
 sambal kicap jawa yang jadi rebutan sampai kering habis!

begedil daging beger dalam koli pun nak posing gak!

the end result... mee hoon soto berserta dayang pengiring sedia dinikmati...

 antara jemaah muslimah yang hadir...

sebahagian lagi... dan tetamu kecik yang sentiasa ada pada setiap minggu!