Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, August 10, 2017

Sup ikan merah

 bila rasa nak nasi sambil menghirup kuah sup, dan kebetulan ada beli dua potong ikan merah yang mahal potong leher ni... so kak rose buat lah sup dengan ikan merah ni... tapi sayang en asben dan anak tak suka pulak dengan sup ikan ni... so kena lah masak lauk lain untuk derang ni... tapi tidaklah rajin nak masak yang renyah2... setakat gorengkan ayam jer pun... tu pun dah kira rajin la kan... jadinya sup ni untuk kak rose sorang jer la yang menghadapnya... mekasih Azie kongsikan resepinya.

Sup Ikan Merah
 
Bahan bahan:
Ikan  merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
Lada hitam biji - tumbuk
sebiji tomato belah empat - yg ni kak rose tambah.
 
Cara cara:
Tumis bawang merah dan bawang putih serta halia yang dihiris bersama kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.

Kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya. masukkan tomato dan bolah la padamkan api.

1 comment:

AMIIZAA said...

salams kak, sedapnyaaaa...