Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, August 13, 2017

Ayam bakar halia

 salam hujung minggu buat kawan2 semua... menu apa untuk hidangan tengahari ni ya... jom kita sediakan menu sedap dan mudah ni untuk keluarga tersayang... tapi kalau tak de kerajinan dan masa, beli saja dikedai akan lebih memudahkan... ayam bakar halia yang sedap dan kak rose tak gandingkan dengan nasik, tapi ala ala mata biru gitu... hihi... makan dengan fries dan salad bodo bodo pun kenyang gak.. meh kak rose kongsikan resepi untuk auam bakar halia ni. mekasih pada Ummi, tuan punya resepi asal... tapi kak rose buat cuma guna 3 keping whole leg, so pepandai lah nak mengadjust resepi tu ya..

Bahan Utama:-

  • 1 ekor ayam (saiz sederhana) 
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa

Bahan Kisar:-
  • 4 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
  • 1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
  • 3 tangkai cili merah

Cara Memasak:-

  1. Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
  2. Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
  3. Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...) - kak rose pun ikut cam ni... cepat masak!
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).
  5. Hidangkan bersama salad dan timun.

No comments: