Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, June 19, 2017

Iftar #23 kuih bom yg tak meletop

 Asalamualaikum dan salam 24 Ramadhan
yang semakin hampir nak tinggalkan kita....

 
 salam dan selamat pagi kawan2 semua... nak jugak tepek iftar simple kak rose semalam... walaupun cuma buat kuih bom aka onde2 dan yang lain nya cuma masak nasi dan lepas terawih baru panaskan lauk2 leftover yang banyak berbaki.... daging gulai besar, pajeri nenas dan sambal ayam penyet... pas tu potongkan timun fresh... selera jer makan walaupun dah dekat pukul 11, tapi masa tu agaknya kuih boom yang dua biji tu dah digest kot, so banyak space dalam perut boleh diisi!

kalau sapa2 nak buat kuih bom, resepi boleh lah tengok kat sini...lembut, sedap dan tak meletop masa menggorengnya... dan kekal lembut sampai masa sahur tadi.... (kenapalah entry ni dan ada banyak lain lagi entry My Kuali ni ada kat bolg ni, jugak blog ni.... hishhh!!!)
 
 since semalam seharian kak rose meronda ronda.. konon2 shopping raya la kan selain beli lain keperluan, buah2 ni yang paling kak rose nak... dah beberapa hari kehabisan buah, beli tembikai macam layu pulak... dan meriah stok buah kak rose dah ni.. boleh la tahan sampai nak balik kampung nanti, Insya Allah.

 lama dah tak beli buah kiwi ni...

puas rasanya dapat makan buah masa bukak puasa, kiwi fruits, murcott orange, dan seedless jambu batu dengan asam pakchu916.

No comments: