Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, April 30, 2017

Apam karamel

 Buat kuih untuk buah tangan pergi mengaji... nak buat kuih yang mudah2 dan cepat jer siapnya dan kuih apam caramel tanpa telor ni pun cepat jer siapnya... tak perlu nak peram bagi penaik adunan tu, siap bancu terus jer kukus... tapi tiap kali buat mesti ade jer kelainnanya... kali ni tak berapa nak kembang la pulak... tak tahu dah dimana silapnya, tapi dah tak kuasa lah nak buat yang lain... redho jer la dengan kejadian apam yang tak berapa nak kembang ni..


Bahan-bahan

1 cawan gula
¾ cawan air
*** masukkan gula dalam periuk, masak hingga jadi caramel (warna bertukar keperangan) lalu masukkan air. Kacau perlahan hingga sebati.
Tutup api dan sejukkan. (hati-hati semasa masukkan air. 

Gula caramel tadi akan terpercik semasa air dituang dalam periuk)

Bahan-bahan



1½ cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
½ sudu kecil soda bikarbonat*
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar minyak

Cara penyediannya


1 Ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat (*) dalam bekas besar.
2 Masukkan gula, caramel yang dah disejukkan tadi, susu pekat manis kacau rata.
3 Kemudian masukkan minyak, kacau rata lagi hingga kesemua sebati
4 Panaskan kukusan, sapu sedikit minyak pada acuan dan kukus selama 15minit.
Sedia dihidangkan…

Saturday, April 29, 2017

Karipap la pulak..

 ada banyak lebihan inti kentang yang buat murtabak segera hari tu... so meh la kita buat karipap untuk kudapan petang2 dihari yang gelap mendung ni...lama sungguh rasanya tak buat karipap untuk hidangan minum petang lekuarga kecil kami... tangan ni tak berapa nak kuat nak uli doh yang agak keras... nasib baik jugak jumpa resepi kulit karipap yang tak perlukan menguli sangat ni... mekasih maz sebab kongsikan resepinya.. dan kak rose suka karipap yang gemuks2, penuh dengan inti, barulah puas makan... dapat sebiji pun boleh rasa kenyang dah!


Bahan-bahan

2 cawan all purpose flour
1/2 cawan mentega - suhu bilik
1/4 sudu kecil garam
air peti sejuk secukupnya

Cara:
1. Dalam mangkuk, satukan tepung dan garam. masukkan mentega dan gaul guna hujung jari biar jadi berketul2
2. Masukkan air sikit sikit dan gaul biar jadi doh yang lembut (tak perlu uli)
3. Ambil segenggam doh, tabur tepung secukupnya atas papan canai dan juga pada doh sikit, canai biar nipis, masukkan dalam acuan karipap. isikan inti secukupnya dan tuutp kemas...

Friday, April 28, 2017

Bila kemalasan..

 Bila kemalasan nak masak tapi tidak untuk nak makan... maka macam ni lah jadinya... sup ayam bodo2 dengan kentang tanpa nasik pun ok jer... sbb sendiri buat dan sendiri jugak yang makan kan... asalkan ada something untuk alas perut pun dah memadai. so meratah sup ni sampai kenyang lah jadinya..

ayam dan sayur yang ada dalam fridge, semua taruk dalam sup... carrot, celery dan kentang... hidangan sihat la kononnya... tapi bila makan sampai tak hengat, hidangan sihat pun dah bertukar jadi sebaliknya... cumanya tak de nasik.... kenapa lah sangat malas nak masak tapi perut dan tekak tak reti pulak tuannya yang sangat tidak rajin ni....

Thursday, April 27, 2017

Udang celup tepung

 Asalamualaikum dan selamat pagi kengkawan semua.... dah nak tengahari pun kan... mungkin ada kawan2 yang sudah sibuk nak siapkan menu tengah hari untuk keluarga, tapi kak rose baru ada masa nak ucap selamat pagi... hihi. dan kalau ada stok udang yang agak kasar boleh lak kawan2 mencuba buat udang goreng celup tepung cam ni... at least boleh jugak untuk tambah lauk tengahari ni kan... tapi udang cam ni memang sedap meratah jer! tak jadi lauk pulak kan...

meh kak rose kongsikan resepinya... cuma guna tepung gandum biasa jer, ataupun kalau nak guna tepung goreng yang ready tu pun boleh... kita yang buat dia kan..

Bahan-bahan
  • 20 ekor udang saiz sederhana besar - buang kulit dan tinggal ekor je
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • sedikit daun sup - dicincang halus (kak rose x letak)
  • sedikit pewarna kuning - agar warna tepung kekuningan
  • air secukupnya - lebih kurang 1 cwn
  • minyak untuk mengoreng.
  • sedikit lada sulah

Cara-cara

  • Toskan dulu udang bagi betul-betul kering, kemudian lumurkan udang dengan sedikit tepung. Ketepikan.
  • Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk, kecuali air dan pewarna. Kemudian masukkan air sikit-sikit sambil dikacau agar adunan tidak berketul. Masukkan pewarna dan kacau sebati. Adunan ni tidak terlalu cair mcm bancuhan lemping atau kuih ketayap ye, pekat lagi sikit, kiranya bila celup udang tu..tepung akan menyaluti udang sepenuhnya. Biarkan dulu seketika dalam 5-7 minit sebelum digunakan.
  • Panaskan minyak dan boleh la celup udang satu-satu dalam tepung dengan pegang bahagian ekornya, kemudian digoreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Siap.

Wednesday, April 26, 2017

Bila IG kena boommm



terima kasih, ilmupercuma

Tuesday, April 25, 2017

Bubur jagung pebret...

 bila tamak beli jagung, tak terhabis makan dan tak baik membazir, maka tukang masak ni pun cari idea nak jadikan jagung ni sebagai hidangan yang keluarga sukakan... bubur jagung bersagu jadi pilihan, kalau tak pun buat jer cekodok manis dengan jagung yang diblend kasar... apa pun isi cekodok, memang jadi pebret kak rose la tu... pasal makan memang tak tolak la kan, tapi sangat liat nak buang balik kalories yang dah banyak menepek kat tubuh badan.... hihi so meh lah kita buat bubur jagung bersagu yang lemak manis ni...

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 2 tongkol jagung manis mentah - dihiris nipis
  • 4 sudu besar sagu - yang halus @ kasar
  • Secubit garam
  • 100ml santan pekat (santan kotak @ tin @ fresh santan)
  • 1.5 liter air - dicampur dengan santan pekat
  • 3 sudu besar gula merah - tambah lagi jika nak warnanya lepbih perang
  • 5 sudu besar gula pasir - tambah lagi jika nak lebih manis
  • *** Kuantiti gula merah dan gula pasir hendaklah disesuaikan mengikut kemanisan yang diperlukan
  • *** Kuantiti air boleh dikurangkan atau ditambah bergantung kepada banyak kuah yang diperlukan
  • (kak rose guna gula putih semuanya)

Cara-cara

  1. Basuh sagu dan toskan. Jangan direndam. Basuh sekali lalu saja.
  2. Masukkan jagung yang telah dihiris, santan pekat yang telah dicampur dengan air, dan juga garam ke dalam periuk.
  3. Masak di atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
  4. Masukkan pula sagu, gula merah dan gula pasir. Kacau hingga sagu bertukar menjadi jernih.
  5. Siap untuk dihidangkan. Sesuai untuk minuman petang.
  6. Sesiapa yang tak suka sagu, tak bubuh pun tak apa.

Monday, April 24, 2017

Daulat Tuanku

 Daulat Tuanku
Sempena hari pertabalan sebagai YDPA yang ke 15

gambar2 credit to en google

Sunday, April 23, 2017

Buat lagi dan lagi...

 Mee udang sedap!!!

 ya, memang sedap mee udang ni.... resepi asal dari Ros jintanmanis dan dah berkali2 kak rose buatnya menggunakan resepi ni... memang resepi keeper ni. pernah cuba buat guna resepi yang lain tapi rasanya yang ni jugak yang jadi pilihan... bahan pun tak banyak, yang penting ada udang basah dan kering dan jugak spaghetti lah sudah pastinya...sedap ditekak kami anak beranak...apa lagi kalau dapat udang yang besar2 cami kan... masa beli udang ni pun resepi inilah yang dah terbayang kat kepala kak rose!

kak rose kongskan sekali lagi resepinya kat sini ya... mekasih ros yang jauh nun berada di osaka, jepun.

Bahan-bahanye

2 ikat spagetti (kak rose guna setengah peket yg 500gm tu)
6 ekor udang harimau saiz besar
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan (kak rose gantikan dengan fish kek, itu jer yg ada stok!)
1 cawan santan pekat
1 cawan air

bahan sampingan
1/2 ikat kangkung di rebus
 2 biji telur rebus
bawang goreng 


Caranya

1. Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi, pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. (yg ni kak rose omit) Teruskan menumis dan masukkan udang kering.

2. sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan. (kak rose tak ikiut yg ni, tp terus masuk udang dalam kuah... kira malas la dah tu!)

3. Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball dan udang. sesuaikan rasa, masukkan garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat, agak-agak je.

4. Rebus spagetti seperti biasa, masa merebus ikut arahan pada paket, pastikan air betul-betul mendidih dan masukkan 1/2 sudu garam dalam air rebusan. angkat dan toskan.

5. Celur kangkung dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan, letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan kuah, atur udang, kangkung, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi warna kuah, sedia untuk dihidangkan, anda pasti menggemarinya.

Saturday, April 22, 2017

Pulut dan dayangnya...

 pulut mangga pulut durian, yang mana satu jadi idaman? bila kak rose post kat ig, ramai yang pilih pulut durian... tapi bagi kak rose dua dua pun sedap... yang ni kak rose guna mangga harum manis yang memang sangat manissss dan bila digandingkan dengan santan lemak masin dan pulut tu memang ngam sangat...
 en asben pilih yang dengan durian ni... tapi yang dengan mangga pun dia belasah jugak...


yang ni kak rose punya, siap bertambah2 lagi buah mangga tu...

Friday, April 21, 2017

Meatball a la ikea

 tak dapat makan yang ikea punya kita buat sendiri jer... dan meatball tu pun kak rose buat from stratch... konon2 rajin la... sbb dah beli daging kisar sampai 4 ketul, so kena la merajinkan diri buatnya... resepi homemade meatball tu kak rose pernah kongsikan kat sini dulu... so sapa2 yang nak try tu boleh lah tengok kat link yang kak rose dah bagi tu ya...

dan ini lah konon2 meatball ala ikea kak rose dengan apa yang ada dalam peti sejuk je ... carrot dan holland peas pun jadi la untuk nak digandingkan dengan meat ball ni... tak lupa fries ready made, just gorengkan jer... dan gravy tu memang kena buat sendir jugak la kan... meh kak rose kongsikan resepinya...

resepi untuk kuahnya.

2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
1 1/2 cwn air sejuk
100 ml susu segar/susu cair
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam

1 sudu gula
serbuk beef gravy segera/1 kiub pati daging


Cara penyediannya
1-  Cairkan butter guna api perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan. jgn sampai garing.
2-  Masukkan tepung gandum. Kacau hingga berubah warna sedikit coklat. masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
3-  Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan beef gravy. Kcau rata dan biar sampai mendidih.
4-  Sentiasa kacau bagi tak berketul. Perasakan dgn garam jika terasa tawar. 


Kalau kuah terlalu pekat, campurkan sedikit air, dan jika cair, tambah sedikit air tepung jagung.
5-  Kacau sebati. Tutup api, blend gravy tadi hingga halus. Tuang semula dalam periuk dan didihkan sebentar. Kacau sentiasa. Apabila sudah mendidih, tutup api dan tuang atas meatball. yummy!

Thursday, April 20, 2017

Watermelon smoothie

 panas? meh sejukkan tekak dengan watermelon smoothie yang sedap dan sejuk ni... kebetulan sekarang ni buah tembikai ni agak murah kat tesco... so boleh lah beli lebih sikit untuk stok... since tak leh nak simpan lama, kita buatlah smoothie macam ni instead of just makan cam tu jer kan... dan masa cuaca diluar panas membahang ni, laju jer menyedut smoothie ni... slurrrppp... jom kita tengok resepi mudah yang kak rose cnp dari blog CMG... mekasih ya mat.


BAHAN-BAHANNYA :-)
 
500 g isi tembikai merah
2 - 3 camca besar gula pasir
1/2 cawan susu cair
1/4 cawan air masak
3 cawan ais kiub
Secubit garam (sikitt jee tau!!) (kak rose lupa lak nak buh)
Tembikai yang dibentuk untuk hiasan (optional)
Ais kiub secukupnya (tambahan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan di atas kecuali tembikai untuk hiasan. Kisar dengan kelajuan tinggi hingga semua sebati dan halus. Kalau boleh biar kisaran menghasilkan buih..
  2. Bentuk kan tembikai untuk hiasan mengikut kreativiti masing, dan selit tepi gelas yang telah disediakan. Letak kan 3 - 4 biji ais kiub (tambahan) dan tuang watermelon smoothies tadi secukunya. Hidangkan sebagai pembasah tekak.

Wednesday, April 19, 2017

Beli satu dapat dua...

rm56/- for 2 pcs@ftz pengkalan kubur, kelantan

rm12.99 with free koko krunch duo kotak kecikkkk
 

Tuesday, April 18, 2017

Asam kundang manissss

 Asam kundang di pengkalan feri Tak Bai, Thailand... nampak sangat fresh dan besar2 buahnya, walaupun namanya asam tapi langsung tak de rasa masam dah... manis n juicy sangat! selling at 200thb/kg memang sangat berbaloi2 kalau nak beli... bila kak rose post kat insta, ramai yang mintak tolong belikan... kawan kat JB kata kat sana rm40/kg???... maka berbondong2 lah membeli macam nak jual kat pasar lak...nasib baik tak kena cukai masa lalu kat kastam... hihi

 yang luruh ni pun sama jer harganya... tapi yang kat tengah tu selling at 140bht/kg sebab saiznya yang sedikit kecik... tapi rasanya tetap manis macam yang saix beso tu jugak...

kalau sapa2 ada  rasa termengidam buah asam kundang ni boleh lah g jenjalan ke negara seberang sana ya..

Monday, April 17, 2017

Murtabak segera

 lama dah tak buat murtabak segera ni... kena praktis balik nak buat ni untuk persediaan bulan puasa nanti kan... apa la kak rose ni kan... puasa pun tak lagi tapi dah fikir menu untuk berbuka pulak! murtabak ni kak rose buat beberapa hari lepas dah tapi baru nak tepek kat sini... so jangan tanyalah kan... memang dah jadi baja kumbahan kaedahnya! murtabak segera yang mudah buatnya... tak perlu nak menguli dan menebar tepung bagai... guna saja kulit popia, semua kerja jadi mudahkan...

 memula tu sediakan intinya, kalau ada inti karipap yang baki2 tu boleh jer nak guna...ikut tekak sendiri la kan... kak rose guna resepi ni untuk intinya..

Bahan-bahan
  • 100 g daging cincang (kak rose buh 300gm daging)
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup (kak rose guna batang celery)
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • kulit popia
  • 2 biji telur (kak rose guna 3 biji telo)

Cara-cara

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

tak sabar nak makan punya pasal, guna api yang sedikit beso sbb nak cepat masak... sudahnya hangittt kulit murtabak kak rose tu... huhu... hangus pun hanguslah, tapi tetap sedap dimakan bersama bawang cuka tu... resepi bawang cuka kak rose... bawang+sedikit cuka+gula+garam+pewarnamerah... tak de sukatan, so pandai2 lah adjust untuk nak sedap ditekak sendiri...

Sunday, April 16, 2017

Sandwich comel

 ni salah satu sarapan kami semasa berada dinarathiwat tempoh hari... sandwich yang comel dan sedap... penduduk kat sini memang sangat kreatif dengan menda2 yang cantik2 cam ni... sandwich telor dan isi ketam dan juga sandwich chicken floss ni sangat lah sedap... apa lagi dengan packaging yang sangat comel ni memang sangat menarik hati...

 memula tu macam reluctant jugak nak beli, tapi dek packaging yang cantik ni terus lah beli untuk nak rasa... nasib baik rasa pun ok ditekak kami... selling at 30thb/pack lebih kurang rm3.85 kalau convert to malaysian ringgit... betapa lemahnya ringgit kita kan... masa kak rose g tu exchange rate ialah... 100thb=12.84rm (1rm=7.78thb) pekedai kat border pun tak nak dah guna ringgit kita...hhu

ada macam2 jenis sandwich yang diusahakan dan siap ada tanda halal kat packaging tu... jadi tak perlu risau...tapi disebabkan cuma kami berdua, jadi ni jer yang kami beli dan rasa...

Saturday, April 15, 2017

Colorful pasar Narathiwat

 Asalamualaikum dan selamat berhujung minggu buat kawan2 semua... apa rancangan dihari cuti cam ni agaknya ya... pada yang berkerja sepanjang minggu sudah pastinya hari kelepasan macam ni lah nak uruskan rumah terutamanya keperluan dapo kan... apa kata kak rose bawakan kawan2 semua ke pasar Narathiwat, Thailand yang sempat kak rose singgah... biarpun dah hampir tiga minggu sudah, tapi nak jugak kongsikan kat sini, buat kenangan masa akan datang kan... yang kat atas tu adalah dessert ruam mit yang banyak dijual dipintu masuk ke pasar basah ni... cantik sangat2, bermacam2 kaler ada... cendol pun ada jugak..

 yang ni seakan dimana2 pasar.... serupa macam kat tempat kita jugak sayur mayurnya...

 batang telipot, pertama kali tengok ni... dan tak tahu pun apa namanya... bila tanya orang kat situ katanya "jelipuk" mungkin sebab dialek, susah kak rose nak paham... bila balik sini barulah cuba google... susah jugak nak dapat nama ni sebab tak tahu nama yang sebenarnya... tapi akhirnya dapat jugak... itu lah batang telipot, mungkin cuma ada di kelantan, kurang pasti... dimasak gulai bersama daging... camner lah agaknya rasanya tu kan...

 batang telipot from the other side, cantik kan... boleh buat tekap2 lukisan, gitu!

 buah cemperai... ni pun pertama kali tengoknya... daunya adalah pernah dengar, tapi tak kenal pun camner rupa dia... nasib baik ada cik google kan...

 sayur kampung yang ni biasa tengok, rumah arwah nenek dulu ada jugak buah ni, terung pipit ni sedap buat sambal tumis..

 macam2 sayur kampung ada kat sini.... yang hijau tu macam asam jawa jer kan???

 
 pucuk kerasok, tak pastilah betul ke tak nama ni... katanya sedap buat kerabu... yang ni pun pertama kali tengok...

 dan diluar kawasan pasar basah tu, ada gambar raja thai yang dah mangkat tu dengan hiasan kain hitam dan putih tanda masih berkabung... malah gambar dan hiasan hitam putih ni ada dimerata tempat, tanda hormat rakyat thai kepada bekas rajanya.

Friday, April 14, 2017

Salam jumaat...

nasi goreng taruk segala mak nenek yang ada dalam fridge, kubis, carrot, kacang buncis, celery, telo dan udang.... tak lupa sebiji cili api yang dipotong2, semua in one, nasi goreng yang sedap ditekak kak rose la... Alhamdulillah dengan rezeki Allah... kawan2 masak apa tengahari ni ya?..

Thursday, April 13, 2017

Kari ikan masin dengan terung bulat

 guali ikan masin yang kak rose masak bebehari lepas, tapi nak jugak buat tayangan amal kat sini... sangat spesel gulai kari kali ini sbb the main ingredients, ikan masin dan terung are given free by mil n my kawan kat sini... terima kasih sangat mek dan jugak kak kalson abd aziz yang beri terung yang dipetiknya fresh from her garden dan siap hantar kat rumah lagi tu.... bertambah lah speselnya gulai ni dan bertambah2 jugak nasik kami anak beranak makan! leftover gulai ni makan pulak dengan lempeng nasik.... ishhhh!!!! hingga menjilat jari!

 resepi gulai kari ikan masin dengan terung yang kak rose cnp dari blog hazila, mekasih ya..

Bahan Bahan
 
Ikan Kurau kering ( bahagian tulang ) - (anggaran 300 - 400 gms) - rendam seketika dan toskan
3 sudu makan serbuk kari ikan
1 biji terung panjang - potong menyerong (kak rose guna terung bulat)
1 sudu makan cili kering kisar
1 cawan santan pekat
3 cawan air
Air asam jawa secukupnya
Garam secukupnya
Bahan Tumis
1/2 labu bawang besar - mayang *
1/2 biji tomato - hiris nipis *
1 biji cili hijau - hiris menyerong*
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 tangkai daun kari
 
 fresh from the garden dari kak kalsom abd aziz, mekasih kak

Cara cara

  1. Tumbuk halus bawang merah,halia dan bawang putih. Campurkan bahan tumbuk, cili kisar dan serbuk kari dengan sedikit air. Gaul sebati.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan bertanda * hingga layu, masukkan bahan rempah yang telah digaul sebati dan daun kari, tumis hingga rempah masak dan naik minyak.
  3. Masukkan santan dan air, biarkan hingga mendidih. Masukkan ikan kering dan biarkan seketika. Kemudian masukkan jus asam jawa dan juga terung.
  4. Perasakan dengan garam ( jika perlu ), biarkan hingga masak dan bolehlah diangkat.