Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, February 17, 2017

Ayam masak asam pedas

 ayam masak asam pedas dengan apa yang ada dalam fridge, kita yang buat diakan... so taruklah apa yang ada, asalkan sedap ditekak kami anak beranak sudah cukup bagus la kan... dan memang sedap pun walaupun dengan bahan yang sangat minima... toamto pun lupa nak letak, tapi tetap sedap dan habis pun kami makan... Syukur Alhamdulillah.

Bahan Kisar
  • 20 tangkai lada kering- digunting dn direbus terlebih dahulu
  • 1 labu bawang besar
  • 4 bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit belacan (kak rose gantikan dengan kiub pati ayam)
  • 1 sudu besar lada hitam-tumbuk halus
  • 1 ekor ayam- di potong, bersihkan dan di toskan
  • segenggam asam jawa - diramas dgn 1 cawan air
  • 1 sudu besar halba
  • 1 batang serai - diketuk
  • daun kesum - ikut suka banyaknya
  • 1 btng bunga kantan-saya tambah (kak rose x de!)
  • 1 biji tomato - di belah empat (terlupa nak letak pun!)
  • 1 liter air atau lebih ikut suka sama ada nk pekat atau cair kuahnya
  • garam dan sedikit gula
  • minyak untuk menumis

Cara-cara
  1. Panaskan minyak, tumiskan halba dan 2 senduk bahan2 kisar sehingga naik bau dan garing
  2. Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar lalu masukkan air , serai , lada hitam, kacau dan tunggu sehingga mendidih
  3. Masukkan ayam, daun kesum dan dan masak selama 15 - 20 minit dan akhir sekali masukkan tomato, gula dan garam secukup rasa . * masam, pekat atau cair kuahnya ikut selera masing2*
  4. Siap untuk di hidang dan dimakan

1 comment:

Anonymous said...

Nampak sedap, boleh cuba ni!