Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, December 31, 2017

Grrrrrr!!!

 STOP IT.
STICKY ENTRY untuk yang suka post comments cam ni kat most of my entry!
Memang menggangu. 
stay away dari blog saya!





dulu pernah buat entry warning cam ni gak!

Bekpes diakhir 2017

Salam akhir 2017...

 semuga kedatangan 2018 akan membawa lebih kebaikkan buat kita semua, Insya Allah.



Saturday, December 30, 2017

Bila teringin...

 Ya, bila teringin nak makan, kenalah merajinkan diri kan..so lepas berbrisk walk pagi rabu tu, kak rose pun mulakan exercises keras tangan kak rose ni... lama dah tak buat tat nenas kerang, jadi dia punya teringin nak makan tu ngalahkan orang mengidam jer! so duduk lah mengahadap menda ni... dekat dua jam baru siap satu adunan! ya lah in between tu ada whatapps, ig n fb jugak... blog jer tak sempat nak nengoknya! mana lah tak berjam nya baru siap kan..

 apa pun, ni dah siap berposing dalam oben... set 25 minits terus g ngadap komputer, nasib baik ade bunyi tingggg! kalau tak memang makan arang jer la sbb bila dah ngadap menda ni memang terus lupa langsung apa yang kat dapo! melampau kan kak rose ni...

 tadaaaa.... dah kuor dari oben... hangat2 lagi dah ngap sepuasnya... lupa yang pagi tadi tu beria burnt the excess calories, tengahahrinya kita tambah sebanyak mungkin! puas dapat makan yang home made, kak rose suka tat yang banyak isi intinya... bertambah2 lah kalories tu menepek, tapi apa ada hal kan... esok lusa g brisk walk lagi... itu pun kalau rajin lah!😜😜😜

simpan dalam bekas ni... dapat jugak bawak sebekas g ngaji Al-Kahfi pagi jumaat semalam... jugak ada sebekas untuk kawan nak rasa kesedapan tat nenas ni...kalau sapa nak resepinya boleh la jengah kat dapo maya kak rose ya..

Friday, December 29, 2017

Majlis Tahlil di kampung

 Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari, juga jumaat terakhir ditahun 2017.. cuti sekolah yang akan berakhir dan ramai juga yang bercuti dihujung tahun ni, kami adik beradik amik peluang untuk berkumpul dan mengadakan kenduri tahlil dan yasinan buat arwah mak yang meninggalkan kami dah hampir tiga bulan. Al-Fatihah... semuga roh mak ditempatkan bersama2 orang yang beriman... kami buat pada petang selepas solat jumaat untuk kaum ibu dengan jamuan rengan dan sedikit kuih muih... kak rose sediakan laksa johor dan kakak dan adik2 yang lain sediakan lontong dan bermacam kuih dan minuman... untuk kaum bapa dibuat sebelah malamnya dengan jamuan 8 hidang nasi ambeng... tapi bila dah sibuk, satu gambo pun tak tersnap! lauk yang kami sediakan untuk nasi ambeng tu ayam masak merah, sambal goreng jawa, mee goreng, sayur campur dan jugak ikan masin bulu ayam goreng... typical ambeng jawa, gitu!

 laksa johor dengan segala mak nenek ulam2nya... daun kesum jauh dalam bekas bertutup pulak!

 kuah laksa johor.... lima kilo ikan selayang yang gemuks2... baru puas makan dengan kuah yang banyak, pekat dan lemak kaw kaw!

set lontong - nasik impit, ayam goreng dan jugak sambal tumis udang...

 kuah lodeh... amik gambo ni masa baru nak stat masak...

 kuih muih... karipap kkl (300 biji order dari mak cik, dia tulis kkl, ingatkan apa?... rupanya inti keledek πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€) keladi goreng cicah sambal kicap yang sangat laris, lepat pisang, onde2 buah melaka, kek buah kukus pemberian dari cousin. terima kasih ya. kuih koci labu tak ter enter frame lak!

80 packs kicap dan sos jalen antara isi dalam goodies bag untuk para tetamu.... terima kasih buat semua yang sudi datang untuk sama2 bertahlil dan sedekahkan bacaan yassin untuk arwah mak. juga buat kawan2 mak dikampung yang datang menolong dan rewang untuk sediakan nasi ambeng untuk malam tu... terima kasih sangat2 buat semua.

Thursday, December 28, 2017

J7 Pro pulak laaa...

 Samsung Galaxy J7Pro ni tak beli pun... en asben renew plan dengan Maxis, so dapat phone dengan harga sehengget! amik jer la derang dah bagi berserta dengan satu supplementary line yang tetap kena jugak bayo 48 ringgit/month. actually tak de nyer yang free kan, kalau dia bagi phone ni dan terikat dengan contract selama dua tahun kan? yang dah ade ni pun tak terguna... so phone ni masih duk dalam kotak jer la... ade sapa2 nak beli tak kalau nak jual ni?...

duk la dulu diam2 dalam kotak tu... nnti2 kalau sampai masa nak guna baru kita kuorkan ya... tapi bila snap gambo n compare dengan yang lama, oppo F1Plus tu masih the best pilihan lah. so better stick to the old one lah!

Wednesday, December 27, 2017

Tabbouleh?


my own version of tabbouleh!

Tuesday, December 26, 2017

Mee hoon soto untuk majlis Al-Kahfi

 sebahagian dari 30 mangkuk yang dah siap untuk juadah lepas majlis..

Asalamualaikum dan salam selasa terakhir di tahun 2017...dah hampir setahun kak rose berada semula di shah alam setelah berpindah ke Penang selam dua tahun... rasanya baru jer lagi berpenat2 mengemas dan berpindah, kini dah hampir setahun rupanya! dan dah berkali2 jugak kak rose buat majlis bacaan mingguan Surah Al-Kahfi dirumah pada pagi jumaat... dan ini kisah pada jumaat lepas, kak rose menggantikan kawan yang tak dapat nak buat dirumahnya.. so ni kira ad hoc punya persediaan lah. malam tu kak rose sediakan menu untuk jamuan pagi tu, buat yang mudah jer.. mee hoon soto ad hoc namanya!

 kuah soto resepi dari CMG yang sentiasa menepati citarasa kak rose. mekasih ya Mat... kak rose kongsikan kat sini resepinya..resepi ni kak rose gandakan hingga 4 kali, tu yang jadi kuah seperiuk beso!

BAHAN KUAH SOTO :-)
1.5 kg rangka ayam, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat kasar2
1 genggam bawang goreng
Air secukupnya (anggaran 5 - 6 liter)
2 camca besar rempah sup "Adabi"
1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"
1 biji bawang besar*
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1.5 inci halia*
4 biji buah keras*
1/4 inci kunyit hidup*
1 camca besar lada hitam biji*(*dikisar halus)
BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
BAHAN LAIN :-)
Nasi impit, didadu (kak rose guna mee hoon, dicelur)
Begedel (kak rose buat begedil daging)
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap
Cili kicap
Soo hoon goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang dicarik halus
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng 
 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH SOTO :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan serai, lengkuas dan bahan kisar halus, tumis hingga wangi. Rempah sup dan kurma, disatukan dan bancuh dgn sedikit air, kacau rata dan masukkan dalam peruk tadi, tumis hingga rempah sedikit garing. Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biar kecut sekejap. Tuang air secukupnya, masukkan bawang goreng dan daun sup, kacau rata dan biar mendidih. Kecilkan api dan renih 1 - 2 jam, tambah garam, secukup rasa..
  2. UNTUK SOTO AYAM :- Isi mee hoon secukupnya dalam mangkuk, tuang kuah. Letak begedel, dan bahan2 lain. Nikmati soto dengan sambal kicap..hmmmm..
CATATAN MAT GEBU :- Bahagian ayam yang berdaging, direbus sekali dalam kuah soto selama 30 minit, kemudian keluarkan, (pas tu kak rose gorengkan sekejap) biar sejuk dan carik halus. Untuk sambal kicap tu, anda tumbuk cili padi hingga halus, tambah gula dan bawang puith, tumbuk lagi hingga hancur, tuang kicap lemak masin secukupnya, kacau rata dan boleh gunakan 
 
 sambal kicap jawa yang jadi rebutan sampai kering habis!

begedil daging beger dalam koli pun nak posing gak!

the end result... mee hoon soto berserta dayang pengiring sedia dinikmati...

 antara jemaah muslimah yang hadir...

sebahagian lagi... dan tetamu kecik yang sentiasa ada pada setiap minggu!

Monday, December 25, 2017

Selamat bercuti...

Selamat bercuti2 kawan2 semua..

 gambar pinjam en. google punya!

kepada yang suka petai, pandang jer la ya petai maya ni... 
nak amik buat sambal tak boleh pulak!..😁😁😁

Saturday, December 23, 2017

Laksa johor untuk Emma

 Buat laksa johor untuk majlis tahlil dirumah kawan pada minggu lepas... dua hari berturut2 kak rose  memasak untuk kawan in this trying time... memasak dirumah kak rose dan petang nya bawa ke subang untuk sama2 bertahlil dirumahnya.. semuga Emma sabar dan tabah dengan pemergian suami tercinta. Inalilahiwainailaihirojiun dan Al-Fatihah.... untuk tahlil hari kedua, kak rose masak nasi dengan lauk2 untuk seratus orang dan dibantu oleh dua orang kawan yang sama2 volunteer dari segi kewangan, tenaga dan masa... terima kasih Ezam dan ibu Pah yang sanggup datang dari jauh.

 laksa johor untuk hari ke tiga tahlil, walaupun renyah menyediakannya tapi tukang masak akan sangat berpuas hati bila masakannya habis dan disukai ramai... malahan hingga tak cukup pulak!


spaghetti yang almost done... masih berposing dalam periuk.

kuah untuk laksa johor yang pekat lemak kaw kaw!

dan juga seperiuk besar bubur kacang...

Friday, December 22, 2017

Kuih hari Jumaat..

 kuih yang berulang2 kak rose buat untuk pot luck rutin mingguan bacaan surah Al-Kahfi bersama sama jemaah kat kawasan perumahan disini... sebenarnya kak rose lebih suka buat sendiri dari membelinya... walaupun sedikit renyah dan kelam kabut dipagi hari, tapi kuih2 home made cam ni lah yang lebih digemari... tapi kak rose buat pun yang mudah disediakan jer... hihi pulut serunding yang sedap ni boleh sediakan serundingnya awal2 dan pagi esoknya cuma nak kukuskan pulut dan kuih jumaat pun ready... mudah kan!

 kuih cara manis... yang ini kak rose sediakan pada pagi2 hari.. buat satu adunan, ngam2 untuk 4 kali bakar dalam loyang dua bleas lubang ni... cepat jer siapnya.

 cekodok sayur mayur dengan ikan bilis... sudah pastilah dibuat pada pagi hari kan... cili sos tak sempat nak enter frame pulak... lebih sedap aklau dapat buat home made sos kan..

yang ni kak rose siapkan pada malam sebelumya... sejukkan dalam fridge dulu barulah sedap makan sejuk sejuk kan.. puding roti marble yang sedap!

Thursday, December 21, 2017

Nasi arab lagiiii

 Tabbouleh... finely chopped parsley with bulgur, tomato, lemon and olive oil...

Mulawah and saltah..  bread and yameni style marinated minced meat, vegetables, egg, herbs&spices

 lamb madghut for 2 pax...

 another madghut... tapi chicken pulak

satu jug beso fresh orange for four of us... memang kenyang sampai terbuntang rasanya!

Wednesday, December 20, 2017

Sekali sekala jer...

 kfc twister.. sekali sekala melayan tekak.

kenyang dengan twister, yg lain x punya tempat dah!

Tuesday, December 19, 2017

Begedil daging burger

 Asalamualaikum dan selamat pagi semuanya... sambil melepaskan penat selepas berbriskwalk pagi ni, kak rose nak tepek projek pada hari jumaat lepas...   ad hoc project sbb gantikan kawan yang tak dapat nak adakan majlis bacaan mingguan Surah Al-Kahfi kami dirumahnya... so kak rose pun buat dengan apa yang ada kat rumah je... pastinya yang mudah2 jer la kan... dan sempat jugak kak rose sediakan mee hoon soto untuk jamuan pagi tu... pegedil tu kak rose buat malamnya, esok pagi baru gorengkan... begitu juga kuahnya, malam dah kak rose siapkan sbb majlis mula 9 pagi... pasti tak sempat kalau nak siapkan pagi tu kan..Alhamdulillah, dipermudahkan urusan dan begedil pun cukup untuk +- 35 orang tetamu...

 resepi pegedil daging beger kak rose kongsikan kat sini ya.. resepi ni untuk panduan... sbb kak rose buat dengan dua kilo kentang dan 8 keping daging ramly beger... so pepandailah nak adjust bahan2 tu ya..

Bahan²
2 biji kentang saiz sederhana besar
Sedikit garam
1 keping daging burger
Daun sup / daun bawang dicincang _ optional
1/2 - 1 sb tepung jagung
1/2 sudu teh perencah pati ayam Tumix _  (kak rose x bubuh)
1/2 sudu teh Maggi seasoning _ ( x de)
Sedikit serbuk lada hitam
sedikit cili flake- yg ni kak rose tambahkan
bawang goreng - yg ni kak rose tambah
*** daging beger tu kak rose gorengkan dulu dan kisar kasar guna fp baru campur dalam kentang lenyek


Bahan² A
1 biji telur _ dipukul sedikit + secubit garam
Minyak untuk menggoreng


Cara²


  1. Basuh dan buang kulit kentang.
  2. Rebus kentang dalam air bergaram sampai tenggelam hingga empuk.
  3. Menggunakan garfu, lenyek-lenyekkan kentang hingga lumat ( ketika kentang masih panas ).
  4. Bila kentang agak suam, masukkan daging burger ( defrost dahulu ), daun sup/daun bawang ( jika guna ), perencah pati ayam, serbuk lada hitam dan Maggi seasoning. Gaul sebati.
  5. Masukkan 1/2 sb tepung jagung dan gaul sebati. Adunan jangan terlalu kering atau terlalu basah, takut berderai atau hancur semasa goreng.
  6. Kalau nampak basah, tambah lagi 1/2 sb tepung jagung.
  7. Ambil segenggam adunan, kepal-kepalkan sedikit dan bulatkan dengan kedua-dua tapak tangan. Leperkan sedikit dan susun atas dulang/pinggan. Buat sampai adunan habis.
  8. Simpan dalam peti sejuk dahulu sementara panaskan minyak dalam kuali ( untuk mengelakkan begedil hancur ).
  9. Celup adunan begedil satu per satu ke dalam telur dan goreng dalam minyak yang sederhana panas.
  10. Jangan selalu diterbalikkan, cukup bila satu permukaan sudah nampak keperangan baru terbalikkan begedil untuk masak permukaan yang lagi satu.
  11. Angkat dan toskan atas paper towel.

Monday, December 18, 2017

Kuih seri muka

Asalamualaikum dan salam pagi isnin buat kawan2 semua
semuga sentiasa dalam rahmat Allah hendaknya...

pagi ni kak rose nak tepek kuih seri muka yang dah selalu sangat buatnya... dan dah berkali jugak buat entry dalam dapo maya kak rose ni... tak pe la kan... sendiri buat, sendiri makan dan jugak sendiri tepek kat dapo maya ni... tak cilok gamba dan entry orang lain...😜😜😜. meh kak rose kongsikan resepinya sekali lagi..

Lapisan Bawah:

  • 1 1/2 cawan pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair (saya letak 1 cwn je..bergantung pada jenis pulut)
  • sedikit garam
Cara Penyediaan
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  2. Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci.
  3. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak...dlm 30 minit.
  4. Setelah masak, angkat dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. **Sapu plastik dngn sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat.
  6. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Lapisan Atas

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 4 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna hijau dan perisa pandan
  • Cara-cara
  • Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  • Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
  • Kukuskan lebih kurang 30 minit.
  • Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.

Sunday, December 17, 2017

Jom sarapan...

Selamat pagi dan salam hujung minggu kengkawan...
breakfast apa pagi ni agaknya ya?
nak tiru orang malas cam kak rose punya bekpes tak?

 most of the day, ni la bekpes kak rose.. nescafe o kosong tak enter frame lak!

 kalau rajin dan ade leftover lauk, boleh jugak buat lempeng pekak cam ni kan..

 beger daging ni boleh terus skip lunch...

dan yang ni memang once in a blue moon lah nak rajin buat nasik goreng cam ni... brunch!