Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, December 25, 2016

By by Asterok

 Asalamualaikum dan selamat pagi buat kawan2 semua... selamat bercuti panjang hujung minggu dan juga selamat menyambut krismas buat yang meraikannnya.... kita kan Malaysian, bersama kita merayakan semua sambutan raya... ni kisah semalam, dalam proses nak pindah ni, kak rose amik peluang terminate langganan asterok yang kak rose tak tengok pun.... bayar jer tiap2 bulan, hingga pernak kena potong sbb lambat bayo pun ada... entah bila dia potong dan reconnect pun tak perasan... cuma dapat tahu bila ada charge reconnection dalam bill... ishhhh ishhhhh!

 bila baca macam2 karenah dan payang sangat nak terminate langganan ni, kak rose pun jadi phobia jugak la... masa nak pergi kat service center tu siap bawak segala decoder, remote dan dia punya kad tu, nak soh dia terminate masa tu jugak... tapi tak boleh pulak katanya... polisinya dia cuma akan terminate hingga tarikh akhir dalam bill tu dan bila masih dalam kontrek, kita kena bayar penalty hingga habis kontrek tu... tak nak serabut nanti... bayo jer la.

 dah buat bayaran, dia tak nak pulak terima segala decoder tu dan suruh hantar kat service centre yang ada stor katanya. since yang kak rose pergi ni kat plaza gurney, so dia soh anta kat service centre jalan burmah. dan kalau kita hantar sendiri piring ajaib dia tu tak perlu bawak sekali.
 settle satu perkara dah, jangan nanti ada pulak terima bill lagi... memang phobia bila baca banyak kisah yang tidak menyenangkan bila nak tamatkan langganan astro ni... kak rose harap tak de masaalah yang timbul lepas ni, semuga dipermudahkan semuanya. so semuanya kak rose tepek kat sini untuk reference dan untuk peringatan buat diri sendiri...

as a proof dah settle semuanya... dan menunggu hypp ty dengan langganan unifi dan nak cuba jugak njoy tu... tapi tertengok kah nanti tv tu.... entah la.

No comments: