Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, November 1, 2016

Ulundhu vadai

 Salam 1 November, cepatnya masa berlalu kan. dan kita baru sambut deepavali kan... so kiranya ni kuih untuk sambutan raya tu la...we are malaysian, semua celebration kita rayakan sama2.. dan kuih2 cam ni pun sedap jugak sesekali makan... feeling feeling deepavali jugak! apa la yang kak rose merapu ni kan... tak kisah la kalau time tak deepavali pun bila terasa nak makan, kita buat jer la.. meh kak rose kongsikan resepinya...

Bahan

240 gm Kacang dhal / ulundhu
1 sudu besar Tepung Beras
1 sudu kecil Soda bikarbonat
8-10 helai Daun kari
1 biji Bawang Besar
4 biji Cili hijau dicincang
3 biji Cili merah dicincang
2 tangkai Cilikering digunting halus ( jika ingin pedas jika tak nak pedas cili kering abaikan )
3 sudu besar Air Panas
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


Cara membuat

1.Basuh bersih kacang dhal dan rendam selama 4 jam atau sehingga lembut.
2.Kemudian kisar sehingga halus menjadi seperti pes. (kak rose kisar x lumat! huhu)
3.satukan pes kacang dhal tadi bersama bahan cincang, daun kari, tepung beras, soda bikarbonat dan garam dalam mangkuk adunan.Uli sehingga sebati dan masukkan air panas sedikit demi sedikit.teruskan uli.
4.Kepal-kepalkan dan bentukkan bulat , buatkan lubang kecil ditengah-tengahnya,lakukan sehingga selesai.
5.Panaskan minyak dan goring terendam sehingga doh bewarna kuning keemasan, angkat dan toskan miyak.

3 comments:

Splash of vanilla said...

Hai ...this one we called parruppu vadai (dhall) ullundhu is urad dhall.both are different lentils...just for a info

PH said...

I love this! Very sedap. So long tak makan. Rindu plak.

Kak Rose said...

Tq for the info, Sarah...