Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, November 3, 2016

Alhamdulillah dengan rezeki Nya

 Nasi goreng bodo bodo + daging goreng kunyit, menu paling senang buat yang tak rajin nak masak macam kak rose ni. nasib baik jer en asben jenis yang tak cerewet tentang makan, apa yang terhidang tu la rezeki hari tu... Alhamdulillah, memudahkan lagi kerja kak rose ... hihi

 resepi daging goreng kunyit yang mudah...

Bahan-bahannya;
1/2 kg daging dipotong kecil dan nipis.
Sedikit kunyit
Sedikit garam

1 labu bawang besar-dihiris
1 biji cili besar- sedap lagi cili solok
*ada orang letak bawang putih- kak rose tak letak

Cara-cara

  1. Gaulkan daging dengan kunyit dan garam.
  2. Masukkan dalam kuali dan masukkan air hingga tenggelam dagingnya.
  3. Masukkan sesudu minyak masak-untuk lembutkan daging.
  4. Rebus hingga kering airnya (sambil2 tu rasakan dagingnya, kalau belum lembut tambahkan airnya lagi)
  5. Bila air dah kering, masukkan sedikit lagi minyak untuk menggoreng daging.
  6. Bila dah hampir garing, masukkan bawang yang dimayang serta cili potong.
  7. Siap!!

3 comments:

PH said...

First time PH dengar nasi goreng bodo bodo hee..hee... Daging goreng kunyit memang sedap. One of my favorite!

cahayahidupku.blogspot.my said...

Tengok dah menyelerakan tu kak rose.

Juls Julie80 said...

salam kak..

fav ni kak..x yah menu2 lain..ni pun dah sedappp..nak2 kalo daging goreng kunyit tu perap dengan kunyit buat sendiri..hehehe