Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, October 30, 2016

Mee hoon goreng tomyam

 mee hoon goreng tom yam yang kak rose buat sebelum berpergian selama seminggu tu... dan yang pasti tinggal gambar jer la kan... masak ni untuk dinner dan ada baki esok paginya just reheat dalam kuali n breakfast pun ready.... dah tambah sedap lagi sbb guna tom yam paste yang kak rose buat sendiri.... memang nyum nyum.. jom check resepinya yang kak rose cnp dari Nor Secubit Garam, mekasih ya Nor.


Mee hoon goreng tomyam
  • 1 bungkus mihun - rendam, bila lembut, toskan
  • 300gm udang
  • 200gm isi ayam
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 batang serai - diketuk sedikit
  • 2 kiub perencah tomyam (maggi/knorr)(kak rose guna 2 sudu besar home made tom yam paste)
  • cili api - bagi yg mahukan lebih rasa pedas
  • 1 biji telur
  • 3 helai daun limau purut - dicarik2kan
  • sayur kobis - di potong pjg (halus)
  • carrot - dipotong pjg (spt btg mancis)
  • 2 biji tomato - dihiris nipis2
  • 1 mangkuk air - jika ingin mi basah lebihkan sukatan air
  • daun saderi 
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau.
  • Masukkan pula bawang merah yg telah dikisar dan perencah tomyam. Goreng sehingga pecah minyak.
  • Masukkan udang dan gorenglah sekejap baru masukkan telur
  • Masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Untuk mendapatkan rasa yg lebih sedap bolehlah dibuat stok udang dengan merebus kepala dan kulit udang yg telah dibersihkan. Masak hingga mendidih dan masukkan sayur2an (kobis, carrot dan tomato yg telah dipotong) Masukkan juga daun limau purut yg telah dicarik2kan
  • Bila sayuran dah agak lembut, masukkan mihun tadi dan goreng hingga ramuan sebati dan mi menjadi lembut (Jika ingin mi yg basah lebihkan air/stok udang)
  • Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan daun saderi yg telah dihiris halus

  • 2 comments:

    PH said...

    Mee hoon macam ni amat membuka selera. Sedap. Especially hidang dengan keropok :)

    Unknown said...

    F3beret sy ni...