Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, September 3, 2016

Kuih seri muka

 kuih yang tak pernah jemu makan dan buat berulang kali dah... dan kalau buat seloyang ni memang tak terabeslah untuk kami berdua saja kan... so adalah rezeki untuk jiran dan anak2 yang bermain petang2 kat kawasan rumah kak rose ni... suka tengok bila budak2 ni berebut2 makan... Alhamdulillah ada jugak yang nak tolong abeskan kuih talam yang seloyang ni ni... resepi yang memang dah serasi dengan tekak kami sekeluarga, kak rose kongsikan kat sini lagi ya..

Lapisan Bawah:

  • 1 1/2 cawan pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair (saya letak 1 cwn je..bergantung pada jenis pulut)
  • sedikit garam
Cara Penyediaan
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  2. Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci.
  3. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak...dlm 30 minit.
  4. Setelah masak, angkat dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. **Sapu plastik dngn sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat.
  6. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

 juadah minum petang kami....

Lapisan Atas

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 4 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu kecil garam
  • Cara-cara
  • Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  • Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
  • Kukuskan lebih kurang 30 minit.
  • Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.
 
untuk jiran kami....

No comments: