Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, September 22, 2016

Ikan siakap 3 rasa

 Ikan siakap yang kak rose masak masa anak balik tempoh hari... kalau nak masak cenggini kena lah tunggu ada yang tukang makan, kalau cuma tinggal kami berdua memang tak kan terhabes ikan siakap beso gedabak ni... dan ikan ni pun kak rose dapat murah sikit compare dengan harga yang beli sebelum tu sehingga sembilan belas hengget per kg. so beli dua ekor boleh makan puas2 kan... anak memang suka kalau buat macam ni, meratah bahagian dinding perut yang garing kru krap tu.
 resepinya...

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar. Lumur garam dan kunyit.

 
Bahan lain:-
5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
2" halia - dimayang halus
6 biji cili padi - dihiris nipis (terpulang pada tahap kepedasan memasing la ya...)
garam
gula
1/2 cawan air 


Bahan sos:-
3 sdm sos cili
3 sdm sos tomato
2 sdm sos tiram

Cara:-
1. Panaskan minyak.Goreng ikan siakap tadi sehingga garing.Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah
ditumbuk.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.
5. Masukkan bahan sos.Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra.Masukkan garam dan gula. masakkan juga bahan2 untuk kaler2 tadi
6. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
7.Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi

No comments: