Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, August 2, 2016

Potluck raya

 Cerita raya tak habis lagi.... raya sebulan kan, so kita rayakan betul2 sambil eratkan jalinan silatulrahim dikawasan perumahan kak rose ni... so kita semua berpakat buat open house dengan masing2 bawah buah tangan untuk jamuan bersama... ada juga buat kutipan untuk tempahan nasi beryani berserta lauk pauknya dan juga sate ayam dan daging.. dan untuk ini derang ni mintak kak rose buat laksa johor... mulanya kak rose nak buat menu ni untuk sendiri punya open house, terpaksalah tukar menu pulak... musim raya ni ikan bapak main mahal, tapi Alhamdulillah dapat jugak tunaikan permintaan kawan2... habis licin dengan 4 kilo ikan dan spaghettinya...

 pot luck untuk open house kejiranan kak rose... laksa johor bersama dayang2 pengiringnya.. happy tukang masak bila apa yang kita buat disukai oleh kawan2...sampai ada yang belum makan lagi dah siap booking untuk tapau nanti... tapi tak sempat nak tapau dah habis semuanya....

 five packs of spaghetti...

 cili merah untuk sambal, beso n panjang sangat... hampir sama panjang dengan pisau tu.. untuk sambal tu kak rose cuma blendkan cili merah+sedikit cili api+udang kering, perahkan asam limau dan persakan dengan garam dan gula... ready dah.

40 packs jajan dari kak rose untuk anak2 kecik kat sini...

 buah tangan dari kawan2... kambing bakar, sosej tak teramik gambar plk..

 sate daging dan ayam... yang ni kita order jer... tak de la yang rajin nak mencucuk dan membakar bagai kan..

 tapai pulut yang manis n juicy... another buah tangan dari kawan... ada banyak lagi menu yang dibawa oleh kawan, tapi tak teramik gambo lak... nasi beryani dengan ayam masak merah, daging kurma dan jelatah, oranges, lemang n rendang ayam,ice cream, cocktail, mee hoon goreng dan cookies raya... dan yang paling bestnya... lepas dah puas makan ni ada kawan yang sponsor durian.... so kenduri durian pulak la...memang seronok bila berkumpul ramai2 cam ni kan, semuga persahabatan ini akan kekal sampai bila2, Insya Allah.

1 comment:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

mantapppp laksa johor Kak Rose.. lambang Johorean sejati!!