Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, August 4, 2016

Mee hoon goreng kunyit

 something different n simple, mencuba mee hoon goreng kunyit ni untuk dinner semalam..

1 bungkus bihun (400g) - direndam dlm air biasa hingga lembut -toskan

  • 1 keping dada ayam
  • 2 bungkus fishball/ 4 keping fish cake 
  • 2 biji telur
  • 1/4 biji kobis - dihiris halus
  • 1 ketul brokoli -potong floret ( x de)
  • 2-3 biji cili hijau -dihiris (optional)
  • 6 ulas bwg merah - hiris
  • 3 ulas bwg putih - hiris/ketuk
  • 1 s/ kunyit serbuk
  • 1/2 kiub pati ayam (boleh gantidengan udang kering tumbuk)
  • garam & perasa
  • minyak utk menumis
  • 1 s/k lada sulah (jika suka)
  • 2 cawan air
  • Cara-cara
  • Panaskan minyak masak lalu tumiskan bwg putih & bawang merah hingga wangi.
    Masukkan ayam & kacau2 hingga ayam bertukar warna.
    Masukkan fishball/fishcake.Kacau2 lagi hingga ayam masak.
    Tolak sedikit bahan2 ketepi kuali lalu pecahkan telur & biarkan telur masak.

    Kacau sikit telur biar jadi agak hancur(scramble) & berketul2.
    Masukkan serbuk kunyit, kiub ayam, serbuk lada sulah, garam & serbuk perasa lalu dikacau rata.
    Masukkan semua sayuran & air sebentar.
    Bila air dah mendidih terus masukkan bihun & cili hijau lalu kacaulah hingga bihun masak.(Sambil dikacau boleh potong bihun yang panjang2 dengan sudip agar bihun tak bergumpal semasa mengacau.

    PERINGATAN:-Jangan sesekali rendam bihun dalam air panas utk membuat bihun goreng kerana bihun akan jadi lembik bila menggoreng.)

No comments: