Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, July 7, 2016

Kerabu mangga simple dan sedap

 Asalamualaikum dan selamat hari raya ya kawan2... tentunya dah puas makan ketupat dan rendang juga segala macam menu yang heavy... apa kata untuk lunch nanti kita sediakan kerabu mangga simple dan sedap ni untuk menambahkan selera yang dah jemu dengan rendang tu... memang simple dan sangat menambat selera kerabu ni... jom tengok resepinya. mekasih ya, mintak izin nak tepek kat dapo kak rose ni.


 
RESEPI KERABU MANGGA
Bahan-bahan:-
2 biji mangga muda
1 biji tomato (kak rose guna tomato cherry jer)
1 biji bawng besar
4 biji cili padi (ikut kepedasan memasing la ya...)
2  tangkai daun ketumbar
sedikit lada hitam(anggaran  dalam 6-7 biji)
1 sudu kecil udang kering
1 sudu perahan limau nipis/lemon
garam
kacang goreng - yg ni kak rose tambah
cara-caranya..
Hiris halus mangga,tomato ,bawang besar ,daun ketumbar dan cili padi.
Goreng udang kering dengan sedikit minyak..tumbuk udang kering bersama lada hitam.
campur kan dengan semua bahan yang telah di hiris halus.
kemudian masuk kan garam dan perahan limau.
dah siap...

1 comment:

Azhan said...

nampak sedap