Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, June 14, 2016

Iftar #8 bebola keledek goreng

 semakin jauh perjalanan puasa bertambah pening nak sediakan juadah berbuka... dengan bahan yang ada kita transform dia jadi kuih lah ya... hari tu ada beli keledek, kalau the day before buat goreng saja, kali ni kak rose ada sedikit kerajinan nak buat bebola ni... jadilah untuk kami berdua... tak perlu buat banyak2 kalau akhirnya nanti membazir saja kan..

bahan2

  • 2 cawan ubi keledek-rebus&mashed
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu baking powder
  • tepung secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
  • sedikit garam
  • 3 tsb gula (yg ni kak rose tambah)

Cara-cara

  1. Masukkan ubi, BP, telur dan garam ke dalam mangkuk. Tambah tepung sedikit demi sedikit. Uli sehingga tak melekat di tangan.
  2. Buat bulat-bulat kecil. Goreng dalam minyak panas sehingga perang.
 buah yang mesti ada.... kiwi fruit, jambu air dan limau manis

 rendang daging untuk lauk makan nasik... gigih merendang dari tengahari sampai kepetang... Alhamdulillah, rasa seperti yang kak rose maukan... x pedas sangat dan daging sangat lembut... mungkin sbb masak lama atas dapo tu. buat sekilo daging, tapi makan sikit jer.. yang selebihnya kak rose frozenkan, bila nanti nak makan just defrost n reheat... setel kerja kan.

sayur pun tak rajin nak masak, so potong timun dan goreng telo+mayonis. Alhamdulillah denga rezekinya dan masih diberikan kesempatan untuk meneruskan puasa untuk hari ini. Insya Allah.

2 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Kat peti ais ada keledek ni kak rose..
Boleh cuba pulak bebola keledek tu :)

cerikecil said...

Salam kak rose... blogwalking here... idea keledek hari ni... tq kak