Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, June 23, 2016

Iftar #17 bubur candil

 menu berbuka petang semalam yang sempat kak rose sediakan... dugaan sungguh dibulan puasa ni... memula tu cuma sakit tekak, perit sangat dan petang 16 puasa tu kena jugak pergi jumpa doktor sbb tak tahan dah... perit ya amat, rasa macam dicarik2 tekak tu.  demam pun dah menjelma tapi tak de selsema pulak... so doctor pun tak de la bagu ubat selsema... sekali malam tu cik selsema pun menjelam... macam air.... betul2 runny nose, nak solat pun payah...sudahnya buat solat terawih, witir pun tak sempat nak buat... dengan batuk yang tak berenti dan juga runny nose tu.... adoi laaa...

apa pun menu berbuka kena jugak sediakan... sbb kalau membeli tu memang susah sangat nak seperti yang kita inginkan... so the best buat sendiri jer kan... seadanya saja lah. bubur candil untuk berbuka dan sup ayam+cendawan dan ayam sambal untuk lauk makan nasik... cukuplah untuk kami..

resepi bubur candil...

bahan2nya.

  • 2 cawan tepung pulut
  • sedikit garam
  • air untuk menguli tepung dan merebus adunan tepung
  • santan dari sebiji kelapa
  • sedikit sagu biji
  • 1 senduk gula merah (kak rose buh suma gula putih)
  • 1/2 senduk gula(boleh kurangkan)
  • garam dan daun pandan
  • kak rose tambahkan sagu biji
   sup cendawan sempoi2 untuk layan anak tekak yang sangat perit...

  1. uli tepung dengan sedikit garam dan air sehingga boleh digentel bulat. Boleh letak pewarna jika suka.
  2. kemudian rebus hingga tepung timbul dipermukaan air.angkat dan toskan
  3. sagu biji dibersihkan dan toskan.masukkan kedalam periuk bersama dengan gula dan daun pandan.
  4. tuangkan sedikit air,renihkan.masukkah santan dan garam sambil dikacau.akhir sekali masukkan tepung pulut yang sudah direbus tadi.
  5. perasakan manis nye.bila dah mendidih bolehlah diangkat.

2 comments:

adda syuhada said...

Wah! gambar makin mantap!

Kak Rose said...

adda... gambar guna phone ayam brand jer ni... hihi