Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, June 3, 2016

Ayam paprik

 Asalamualaikum dan selamat pagi kawan kawan...  hampir separuh perjalanan kita dalam tahun ini dan tak berapa hari jugak lagi kita semua akan menjalani ibadah puasa... semuga kita semua diberikan kesihatan yang baik untuk bersama2 menjalani ibadah puasa nanti, Insya Allah. dan ayam paprik ni kak rose masak masa sebelum g balik kampung minggu lepas... so tinggal gambar jer la kan..

 sayur sebagai dayang pengiring ayam paprik... dan resepinya...

Bahan-bahan
  • 300 gm isi ayam - potong kecil/kiub
  • bunga kobis/carrot/tomato/celery - dipotong kecil
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 ulas bawang besar - dipotong baji
  • 1/2 inci halia - diketuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 6 ulas cili padi - diketuk (ikut kepedasan memasing la ya... )
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos ikan (x letak sbb I dont like the smell!)
  • 3 helai daun limau purut - dikoyak-koyak
  • Garam secukup rasa (jika perlu)
  • 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
  • Satu cawan air (jika suka berkuah)

Cara-cara

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang besar, serai, halia dan cili padi hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam, goreng dan kacau hingga nampak ayam dah putih.
  3. Masukkan semua sos dan daun limau purut. Tambah air untuk kuah, kacau lagi.
  4. Masukkan semua sayuran kecuali tomato masuk lambat sikit.
  5. Rasakan kuah, kalau kurang masin je br tambah garam (sos ikan selalunya dah cukup masin).
  6. Masukkan tomato dan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. Siap untuk dihidang.

No comments: