Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, March 17, 2016

Ulundhu vadai

 nampak kuih ni kat wall fb, x pernah membuatnya... cuma pernah tengok kat gerai yang jual vadai tu... bila tengok resepinya seakan sama seperti vadai kacang yang duk buat tu... tapi yang ni kacang tu kena kisar sampai lumat... so let acu try cuba buat.... camner agaknya kejadiannya nanti tu.. uwaaaaa.... dah siap bancuh tu, sangat menguji masa nak bulatkan dan masuk dalam minyak panas tu... adoiiii... bancuhan lembik dan melekat ditangan.... berkali jugak jari terkena minyak panas, tapi gagahkan jugak buat sampai habes...dan taraaaaa.... walaupun senget menget, kira ada rupa la jugak kan....  nak sedapkan ati sendiri la tu...yang rupa macam cekodok pun ade jugak taw!




Bahan

240 gm Kacang dhal / ulundhu
1 sudu besar Tepung Beras
1 sudu kecil Soda bikarbonat
8-10 helai Daun kari
1 biji Bawang Besar
4 biji Cili hijau dicincang
3 biji Cili merah dicincang
2 tangkai Cilikering digunting halus ( jika ingin pedas jika tak nak pedas cili kering abaikan )
3 sudu besar Air Panas
Garam secukup rasa
Minyak untuk goreng




 tu dia.... satu adunan resepi ni, sebakul boleh dapat.

Cara membuat

1.Basuh bersih kacang dhal dan rendam selama 4 jam atau sehingga lembut.
2.Kemudian kisar sehingga halus menjadi seperti pes.
3.satukan pes kacang dhal tadi bersama bahan cincang, daun kari, tepung beras, soda bikarbonat dan garam dalam mangkuk adunan.Uli sehingga sebati dan masukkan air panas sedikit demi sedikit.teruskan uli.
4.Kepal-kepalkan dan bentukkan bulat , buatkan lubang kecil ditengah-tengahnya,lakukan sehingga selesai.
5.Panaskan minyak dan goring terendam sehingga doh bewarna kuning keemasan, angkat dan toskan miyak.

1 comment:

Unknown said...

Doh dia memang lembik. Biasanya 1 keeping daun pisang dipotong seg empat dan secawan air disediakan. Basahkan tangan ngan air and bulatkan doh kat daun yg direnjis air sedikit tu. Tgn basah lagi senang nak bentuk. Terbalikan daun yg ada vadai tu ke dlm kuali dan goyang2 sikit. dia akan teurs jatuh ke dalam. buta yg lain adan goring cam biasa. Selamat mencuba.