Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, March 2, 2016

Home made cendol

 melalui hari2 yang sangat panas membahang, minuman yang sejuk2 memang sangat diidamkan... segala yang sejuk memang sedap dinikmati masa2 cenggini kan... walaupun cuma sirap kosong, tetap bergelas2 diminum.... dan kali ni merajinkan diri membuat cendol ni... kalaulah masih duduk di shah alam macam dulu, tentunya cendol subang menjadi pilihan... tapi bila dah duk kat penang ni, semuanya kak ros eprefer buat sendiri jer... asalkan dapat menikmati dan menghilangkan kerinduan pada rojak dan cendol subang tu...

 resepi cendol kak rose kongsikan kat sini ya..

Bahan-Bahan:
  • 1 cawan tepung beras (kak rose guna tepung jagung)
  • 3 cawan air
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan
Cara Membuatnya :
  1. Sediakan bekas yang mengandungi air sejuk / air paip. Ketepikan. (kak rose buh ketulan ais)
  2. Masukkan semua bahan-bahan dia atas ke dalam periuk non-stik. Kacau supaya semuanya sebati.
  3. Kemudian masak dengan api yang sederhana dan sentiasa di kacau supaya tidak berketul.
  4. Kacau sehingga masak dan adunan berkilat.
  5. Ketika masih panas masukkan adunan ke dalam acuan cendol dan tekan ke dalam bekas yang berisi air sejuk tadi.
  6. Proses menekan cendol hendaklah dilakukan dengan pantas. Adunan yang sejuk akan menyukarkan proses menekan cendol.
  7. Boleh di simpan di dalam peti sejuk bersama dengan airnya sekali. Sedap di makan bersama santan atau fresh milk dan air gula, di buat puding atau sebagai bahan campuran di dalam Air Batu Campur.

3 comments:

Unknown said...

sedapnya cendol kakrose nk buat tkdak acuan lah

Kak Rose said...

Noor, kak rose guna senduk yg berlubang2 tu je...tak de acuan pun.

Unknown said...

Saya suka resepi kak ros. terima kasih atas perkonsian ilmu yang kak ros ade. Saya akan gunakannya utk berniaga