Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, February 27, 2016

Kuih kaswi

 kuih kaswi pebret yang lembut goyang2 kenyal gitu... kuih orang dolu2 ni la yang kak rose suka nak makan dan buatnya pun mudah jer... lama dah nak buat kuih ni tapi bila gula merah yang kak rose beli entah tercicir kat mana, terus terbantut dibuatnya hinggalah dapat g beli semula gula merah ni...  kak rose guna loyang silikon munger2 ni... separuh adunan ngam2 dapat enam ketul beso2 ni... makan sebiji terus terdiam...

 Resepinya....

Bahan2

2 caw tepung gandum
1 caw tepung ubi
3/4 caw gula
1 caw gula merah
sedikit garam,
air kapur
5 caw air
cara

masak gula merah dan putih dengan sedikit air (part of 5 caw tadi), sejukkan.
satukan semua tepung, masukkan sedikit garam, air kapur, air gula dan juga baki air tadi... kalau suka boleh bubuh sedikit kicap manis (untuk lebih hitam) kacau sebati dan tapiskan. kukuskan lebih kurang 45 minit dah siap....
salut dengan kelapa putih yang d campur sedikit garam...

## batter tu selalunya kak rose kacau dulu atas api sekejap barulah kukuskan##

No comments: