Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, February 16, 2016

Daging palembang

 Kenapa palembang tak usah ditanya, kak rose pun tak tau...tapi katanya resepi dari seberang..  ni la nama resepi daging sedap ni... bahan pun simple jer tapi memasaknya agak lama sbb nak sedikit kering kuah tu... first time try masak ni, tapi memang berbaloi... sedap walaupun tunggu lama baru dapat makan.... hihi

resepinya kak rose dari MyResipi, mekasih yang kongsikan resepi tu ya... mintak izin nak copy kat sini lah.

Bahan-bahan
  • - 1 kg daging
  • - 2 biji bwg merah
  • - 5 ulas bwg putih
  • - 5 sudu besar cili giling
  • - 10 sudu besar kicap manis (habhal recommended)
  • - 4 sudu besar gula
  • - 5 btg serai
  • - 20 helai daun kari / 4 tangkai
  • - Santan pekat drpd 1 biji kelapa @ 1/2 tiub santan
  • - Minyak untuk menumis
Cara-cara
  1. Potong daging lebar dan tipis. Basuh bersih ketepikan.
  2. Kisar halus bwg merah, bwg putih
  3. Perap daging tadi bersama bahan kisar, cili giling, kicap & gula selama 45min - 1 jam. Nak lagi sedap, perap semalaman.
  4. Potong kecil serai & kisar halus
  5. Panaskan minyak dan masukkan serai yang dikisar bersama daun kari. Masak hingga naik bau
  6. Masukkan daging perap tadi, kacau rata, tutup kuali dan tunggu hingga daging agak kenyal.
  7. Masukkan santan dan masak lagi hingga kuah agak kering dan pekat kira-kira 30 min ke 1 jam. Siap untuk dihidang.
  8. Enak dimakan dengan nasi, ketupat, lemang dan roti. Boleh ganti rendang.

Dah petang baru siap... dan kak rose kukuskan pulut susu makan dengan daging palembang ni... esok2 boleh makan dengan nasi lak... separuh kak rose frozenkan, sekilo daging tu memang banyak untuk kami berdua jer.. so nanti kalau nak makan just reheat n lauk pun dah ready kan..

3 comments:

Rizziela said...

nampak sedap.. makan dgn pulult..lg sedap kan

Kak Rose said...

Sedap Rizzeila, seakan rendang pun ya jugak..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Bahannnya sama macam masak bali tu lah kak rose..
Tentu sedap juga tu..