Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, January 20, 2016

Sup tulang

 sup yang kak rose amsak masa hari sabtu lepas... besar gedabak segedebuk terus masuk dalam pressure cooker, tak daya lah nak potong kecik2 kan... lain la kalau ada pisau or parang yang macam butcher tu... ni yang ada cuma pisau potong bawang jer... bior le beso,asalkan boleh muat dalam piok udah ler.... dan yang penting daging lembut sangta ... sampai terlerai dari tulang tu... sedap ler menghirup dengan sambal kicap jawa kak rose tu..

resepi yang sama kak rose guna dari chef Hanieliza, mekasih ya... resepi ni ngam sangat dengan kami sekeluarga..

SUP TULANG 
Bahan-bahan

1 kg tulang berdaging
2 s/b minyak makan
2 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit] 
4 biji kentang [belah 4]
1 batang lobak merah [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk]
2 biji tomato [belah 4]
garam
bawang goreng
air secukupnya 

  Bahan tumbuk
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam 

Bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga 



Cara membuat
 
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di tulang betul-betul lembut. (20 minits jer guna pressure cooker)
5. Masukkan kentang, lobak merah, air dan garam. Biarkan mendideh.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan lobak merah lembut.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Hidangkan dalam mangkuk besar. Taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

5 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

besar gedabak ni kenalah nganga besau2! hahahaha
tapi yang penting nampak mewah dan sedap sangat tu Kak Rose

Unknown said...

sedapnya kakrose ada bihun baru best ni buat sambal merah jd bihun sup utara..

Kak Rose said...

SK...nasib baik je muat pc tu...kalau tak mau berjam masak guna piok biasa. Sangat mewah untuk menambah lemak2 jugak tu.... hihi

Kak Rose said...

Noor, tak teringat pulak dengan mee hoon sup.... makan dengan nasik je, yg betulnya meratah je.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Sedapnyaaa hirup kuah sup!!!!