Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, December 10, 2015

Sup ayam berkerim

 creamy chicken soup yang dah berkali2 buat dan makan.... tak jemu2 dan juga sebagai penyelamat bila memang dah tak tahu nak masak apa... dan roti juga adalah penyelamat kat dapo kak rose ni... kena sentiasa ada stok... be it for breakfast, lunch dan dinner... sentiasa tak pernah jemu.

 so untuk dinner kali ni, buat creamy chicken soup dan digandingkan dengan toast ni... Alhamdullilah kenyang dengan menghirup kuah sup yang lemak n creamy tu... resepi asal dari Tun Telani, mekasih ya... tapi malas pulak nak buat garlic spread, so tost tu cuma sapu butter jer...

Bahan2:

  • 50 g butter/margerine
  • 1 bj bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 keping dada ayam- hiris nipis
  • 2 kiub ayam
  • 1 liter air
  • 1/2 tin susu sejat
  • 1 sk dried oregano
  • garam
Cara2:

  • Cairkan butter/margerin dan tumis bawang besar sampai layu.
  • masukkan bawang putih dan tumis lagi.
  • masukkan ayam dan masak sampai ayam betul2 masak. masukkan sedikit air dan kuib ayam. masak sampai kuib ayam larut.
  • kecilkan api dan masukkan tepung gandum. kacau sampai rata.
  • masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tiada ketul2. gunakan whisker jika perlu.
  • masukkan susu dan masak dgn api sederhana sampai sup mendidih. 
  • perasakan garam dan masukkan oregano.
  • siap! sgt sedap dimakan bersama garlic bread..

1 comment:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedapnya kak rose..
Ada gak baca kat FB..
Tun Telani post resepi Sup Ayam Berkrim ni..
Dah simpan resepi tapi tak buat lagi..