Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, December 15, 2015

Blondie derhaka?

 nampak orang tayang menda ni, kak rose pun nak jugak mencuba walaupun bahan tak cukup... kita yang buat dia, so memandailah nak mereka biar sampai boleh jadi kan... so instead of guna kopi pak belalang macam yang Nasya tayang tu, kak rose guna nescafe jer... rasa...emmmm sedap gak, pahit2 manis dan lemak buah gajus tu.... tak tau pulak camner rasa kalau guna kopi pak belalang tu ya.

 antara bahan yang menderhakakan resepi asal... buah gajus n nescafe 3 in 1... bahan yang sepatutnya macam resepi asal dari Dapur Nasya, kak rose kongsikan kat sini ya... mekasih Nasya.

 bahan2

3/4 C mentega
1c gula perang
1/2 c gula putih @ boleh gunakan 2c gula perang
1 sachet kopi pak belalang (nak lebih kopi letak 2 sachet) (kak rose guna 2 sachet nescafe 3in1)
3 biji telur
2 c tepung gandum (ayak)
1/2 tsp serbuk penaik (ayak)
1/2 tsp garam (ayak)
1c kacang macadamia panggang @ badam (cincang kasar) (kak rose guna gajus)
180g cip coklat
 
 cara2

Griskan acuan dengan mentega dan di tabur tepung. goncangkan lebihan tepung.
Cairkan mentega dan gula di dalam periuk.
Dengan menggunakan api yang paling perlahan
sehingga mentega dan gula cair.kacau selalu agar tidak hangus
tambahkan kopi pak belalang yang mabeless. 
Penuh dengan khasiat pemakanan sunnah...habbatus sawda..madu...luban...
Gaul rata, matikan api
masukkan telur dan kacau cepat2 kemudian tambahkan bahan yang telah di ayak dan juga macadamia akhir sekali masukkan cip coklat. 
Gaul sebati  masukkan ke dalam loyang yang telah dilengser tepung sedia di masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
untuk menguji blondie apabila sudah masak, cucukkan hujung lidi @ pisau kecil ke dalam, 
jika ia keluar licin dan bersih bermakna blondie sudah siap.
enak dihidang bersama kopi pak belalang panas @ shake belalang

 
dan kak rose menikmatinya dengan nescafe o tanpa gula... best!

2 comments:

Rizziela said...

pergh... derhaka tu yg x tahan

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

derhaka pun nampak sedap bebeno!