Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, November 7, 2015

Siew pak choy dalam sos tiram

 Asalamualaikum dan salam hujung minggu pada kawan2 semua... sayur mudah yang sedap yang tinggal gambar saja. masak bulan lepas tapi nak jugak buat entry kat sini.... tak kisah la kan, mana tau akan memberikan ilham buat kawan2 nak sajikan untuk keluarga tengahari nanti. jom tengok resepinya..

Bahan-bahan
  • seikat sayur siew pak choy (k rose guna 4 pokok)
  • 4-5 sudu mkn sos tiram
  • 3 ulas bawang putih- cincang
  • seinci halia - cincang
  • air sedikit
  • serbuk perisa@gula - jika suka
  • tpg jagung+air sedikit utk pekatkan kuah
  • bwg putih goreng/bwg goreng - utk hiasan
Cara-cara

  • sayur jgn potong dulu... panaskan air. celur ngan btg2 skali. (kak rose potong dulu baru celur)
  • angkat dan toskan. potong bhgn yg ujung. susun dlm pinggan dan ketepikan.
  • panaskan minyak, tumis bhn cincang hingga naik bau@kekuningan.
  • masukkan sos tiram dan juga air sedikit. kacau. masukkan perisa jika suka. tkyah ltk garam sbb sos tiram dh masin. klu nk pekat buh tpg jagung+dbancuh ngan sedikit air.
  • didihkan. tutup api. tuang kuah atas sayur tadi.
  • hiaskan ngan bwg putih goreng/bwg goreng. dah siap!

No comments: