Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, August 13, 2015

Apam susu

 apa susu yang kak rose buat tiga hari lepas... bila tengok ramai kawan dok tayang apam ni mula la rasa nak buat jugak.... gigih mencari ovelette semata nak buat apam nih. tapi kejadiannya sangat lah tidak secantik yang kawan2 dok tayang tu.... kononnya merasmikan acuan silikon tu, dah siap adunan teruslah tuang dalam acuan dan kukus.... tiba masa nak kuorkan, sekali dia melekat pulokkk!!! dan dengan tak sabarnya korek dengan spatula... kuorlah dia dengan keadaan sompek sana sini....

 resepinya kak rose copy dari blog Yatie, mekasih ya... tapi memang jeles bila tengok yang dia buat tu.... halus mulus jer keluar dari loyang. apa pun tetap sedap n gebus apam nih.

Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar ovellete
  • 4 sudu besar susu pekat manis
  • 4 sudu besar minyak jagung/minyak masak
  • Pewarna dan perisa yang di sukai
 sompek sompek pun nak enter frame jugak!!!!

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mulakan proses membuat apam 
  2. Mula-mula satukan tepung bersama baking powder kemudian di ayak. Ketepikan
  3. Dalam bekas pemutar, satukan telur, gula halus, ovellete dan esen vanilla
  4. Kemudian putar sampai gebu dan adunan bertukar ke warna putih
  5. Masukkan susu pekat manis. Putar lagi hingga sekata
  6. Tambahkan pula minyak jagung dan putar lagi
  7. Masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak tadi. Kaup balik adunan rata
  8. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 warna
  9. Setiap warna pilihan boleh letakkan perasa yang di sukai jika suka.Gaul rata
  10. Sediakan loyang 8 inc dan sapukan mentega pada loyang
  11. Tuangkan adunan berselang seli warna hingga habis
  12. Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya selama 40 minit
  13. * tutup kukusan hendaklah di balut dengan kain supaya wap air tidak jatuh atas apam
  14. Angkat apam setelah masak.Keluarkan dari loyang..Potong apam bila ianya telah sejuk.

1 comment:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Memang nampak gebus apam susu tu kakrose..
Nak mencuba pulak lah..
Kita save dulu resepi ni..
Kalau tak sompek mesti cantikan kak rose..
Tengok bentuk acuan tu cantik :