Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, July 15, 2015

Iftar #27 hati dah nun dikampung....

 Asalamaulaikum dan salam 28 ramadan... semakin menghampiri penghujung nya ramadan kali ini.... dan yang pastinya hati dan perasaan ini sudah berada dikampung bersama keluarga walaupun hakikatnya masih disini, mengupdate rumah maya ni dan en asben pun masih belum bercuti..... Insya Allah akan sampai jugak nanti untuk berhari raya bersama keluarga dikampung...muga dipermudahkan perjalanan kami untuk bertemu emak dan bapak dikampung. Aamiin...

 tiga hari kak rose tak dapat mengupdate rumah maya ni... kebizian yang entah apa2.... masak tetap masak tapi nak amik gambar memang tak sempat bila siap pun dah menjelang waktu berbuka kan...tapi semalam ada sikit free, so adalah gambar juadah berbuka untuk nak tepek kat sini buat kenangan masa akan datang...

 tang yuan dengan kisah sedihnya... kali kedua buat barulah menjadi sbb silly mistake kak rose yang cuai....

 masak asam pedas ikan pelaling yang cenonet ni.... stok ikan 2 ekor siakap, ikan kembung yang gemuk2 n ikan tenggiri terbiar kejung dalam freezer.... nnti lah lepas raya baru masak agaknya ya.

siew pak choy dalam sos tiram request dari tukang bayar.... tukang masak ikut jer la sediakan sayur mudah n sedap ni.

3 comments:

intandayani said...

Bak choy sos tiram sedap sangat kak Rose..
Saya suka bwg putih tu goreng asing baru tabur.
Selamat hari raya kak

Nasa Mulia said...

suka tong yuan yg colourfull...nanti kak rose jangan lupa share resepi ya..selamat hari raya kak.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Makanan sihat kak rose ni..
saya tahun ni tak sempat memasak..
Salam lebaran aidil fitri buat kak rose sekeluarga ;)