Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, June 11, 2015

Cendawan goreng berempah cajun

 Lama dah tak masak2 guna rempah cajun ni... nasib baik lah belum tamat riwayat, so masih boleh nak guna untuk goreng dengan cendawan ni. tapi udang yang ade cuma kenit2 je jadi kak rose gantikan dengan fillet ayam dan tomato juga kak rose tambahkan untuk ade kaler2 pada cendawan goreng ni, tapi kak rose omitkan jus limau tu.

resepi asal dari Nor Secubit Garam, tapi maaf lah ya sbb dah menderhakan nya, suka suki tambah n alter ikut tekak sendiri jer. kak rose mohon tepekkan resepi asalnya kat sini ya...

Bahan:
200gm cendawan tiram
sedikit udang ~ dibuang kulit
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 sudu kecil serbuk cili kasar
1/2 sudu kecil cajun
1 sudu kecil sos tiram
3 bj cili api ~ jika suka lebih pedas
sedikit capsicum hijau dan merah ~ dipotong
1 sudu kecil jus limau nipis/kasturi (kak rose gantikan dengan tomato)
sedikit garam
sedikit minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan serbuk cili kasar, cajun dan sos tiram serta capsicum.
Kacau hingga wangi.
Masukkan udang, cili padi yg dipotong serong dan garam.
Masukkan pulak cendawan dan kacau. (kuatkan sedikit api pd masa ni)
Bila cendawan dah nampak sedikit layu serta udang dah masak, masukkan per
han limau dan tutup api.
Kacau hingga sebati dan hidangkan panas2.
 
*** kalau sesapa nak tau camner rupa rempah cajun yg kak rose guna tu leh tengok sini ya.

No comments: