Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, May 25, 2015

Kerabu mangga muda ala Thai

 Mangga masak, mangga putik everywhere.... ada yang mahal dan ade juga yang murah sbb dah banyak berlambak2... tapi kak rose tak terdaya lah nak beli mangga harum manis yang mencecah rega puluh2 tu... kalau tengok kat website mangga harum manis tu rega dia rm88/3kg termasuk postage. berbaloi kah dengan harga yang sebegitu mahal? tepuk dada tanya selera dan ikut lah kemampuan poket. buat kak rose,  tunggu lah nanti kalau harga dah turun agaknya kot baru boleh merasa... kedekut? mangga lain jugak tak kurang hebat rasanya kan....

mangga yang ni kak rose dapat percuma saja, pakcik tukang kebun kat sini yang bagi... ari tu masa kak rose baru balik dari Thailand dan beli banyak buah mangga, kak rose ada bagi dia sebagai buah tangan dan semalam dia bagi pulak 2 biji mangga putik ni...so meh la kita buat kerabu...resepinya kak rose amik dari dapur CMG, mekasih ya mat.

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 - 3 biji mangga muda (ikut saiz, kalau kecik guna 3, kalau besar guna 2)
1 biji tomato, belah 4, buah bahagian tengahnya dan hiris
1 biji bawang besar, mayang halus
1 genggam kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak, buang kulitnya dan tumbuk kasar
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, dan goreng hingga garing
4 biji cili padi, hiris halus (kak rose buh dua biji je)
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 1/2 camca besar sos ikan (omit yg ni gantikan dengan garam jer)
1 camca besar penuh gula
1 biji limau nipis, perah jusnya
sedikit carrot sagat - yg ni kak rose tambah.

  mangga putik yg x masam... sedap meratah!

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas mangga muda, kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang dan tomato. Gaul rata. Ketepikan.
  2. Satukan sos ikan, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata2 dan curah dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan2 lain. Gaul rata. Tambah kacang tanah dan ikan bilis, gaul lagi dan sesuaikan rasa. 
  3. Alas bekas sesuai dengan daun salad. Alihkan kerabu atas daun salad dan abur sedikit ikan bilis goreng dan kacang tanah yang telah diasingkan atasnya sebelum menghidang. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain.

4 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kesip2 ailio kita baca post Kak Rose.. kita pun tak sampai hati nak keluarkan RM88 utk 3 kg mangga kak.. huhu. Eh, macam sama lak posting kita pun pasal mangga jugak, hehe

Kak Rose said...

SK, sbb ari tu ada kawan offer soh oder mangga tu 28/kg.... klu 8 hengget pun dah mahal ni kan pulak 28 kan....mampu tengok je la gayanya!

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedapnya kerabu mangga tu kakrose..
Rumah mak di Kuang tu tengah lebat berbuah mangganya tu.. boleh juga mencubanya nanti..
Minggu lepas dah buat Mangga Asamboi..
Saya beli juga harumanis tu Kakrose.. RM25 kak rose utk 2 biji.. tapi berbaloi saya beli sebab tersangat lah manis dan harum mewangi.. kata orang nak merasa tu..

Kak Rose said...

Yati, ade rezeki orang bagi mangga putik, jadilah kerabu...

entahlah, agaknya tak dapek la nak meraso mangga harum manis tu! mahal bona!