Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, April 30, 2015

Sweet n spicy chicken oat

 menu untuk meratah.... chicken fillet bersalut oat, parutan carrot n mangga muda.... sedap hingga menjilat jari... sebenarnya ada dua orang kawan bagi mangga muda ni.. rezeki kan, tapi tak tahu nak wat gapo... nak make colek ambo tak panda, nak buat kerabu, malas pulak nak masak nasi.... so buat camni boleh meratah jer.... jange sakik peruk sudah le. tetiba asik nak terkecek kelate lak.... sbb nya satu grup whatsapp ni ramainya ore kelate... jadi kak rose pun terikut2 walaupun asik tersasul!

 resepi ni asalnya dari Nor Secubitgaram, kak rose kongsikan kat sini ya....tapi sayang kak rose punya oat salut dah tenggelam dek tepung jagung pulak.....

SWEET & SPICY CHICKEN OAT

Ingredients:
500 g boneless chicken
1 cup Quaker Oats Quick Cook
½ cup corn flour ~ k.nor gantikan dgn tepung beras (kak rose guna tpg jagung)
Pinch of salt
White pepper to taste
1 egg beaten
2 tsp. fish sauce
Cooking Oil
Curry leaves
5 tsp. Chili Thai Sauce
1 tsp. lemon squeeze ~ k.nor gantikan dgn perahan limau kasturi

Garnishing
2 cloves shallot, finely chopped
1 stalk of coriander leave, finely chopped (kak rose x de... so x letak)
5 chili padi, sliced finely ~ k.nor lebihkan
1 carrot, sliced finely
½ orange; thinly sliced ~ k.nor gantikan dgn parutan mangga muda
1 tsp. sesame seeds ~ lupa nak letak :) kak rose pun lupa da... padahal dah letak botol kat sebelah
1 sudu besar gula ~ k.nor tambah

Directions
Add Quaker Oat Quick Cook together with corn flour in 1 bowl. Stir thoroughly & put aside
Cut chicken by lengthwise inside measure ½ cm. Marinate chicken with black pepper, pinch of salt & Fish sauce. Add egg & stir well
Dip chicken into oat / corn flour mixture.
Heat cooking oil in saucepan. Deep-fry the chicken with curry leaves till cooked. Drain and set aside.
Add in the cooked chicken, carrot, shallot, coriander leave, sesame seeds & chili padi into dressing bowl.
Use the oranges to decorate the dish on the side
Mix well Thai chili Sauce & Lemon squeeze. Pour into the dressing bowl. Serve immediately

  nak cepat ngap sampai terlupa nak tabur sesame seeds kat atas garnishing tu.....
 
Cara K.Nor utk garnishing:
Hidang ayam dlm pinggan dan picitkan sos cili thai keatasnya.
Kemudian gaulkan carrot, mangga muda, cili padi, daun ketumbar, perahan limau kasturi dan gula dalam sebuah bekas hingga sebati dan letak atas ayam.
Siap utk dinikmati :)

** kak rose ikut cara nor untuk garnishing.... walllllaaaa!!!! sedap sangat dengan gabungan carrot dan mangga muda tu.... mmg suggestkan pada kawan2 untuk mencuba!

Wednesday, April 29, 2015

WW: Harap2 tak mimpi gst...

 bantal ber giesti...

sarungnya jugak ber giesti...

Tuesday, April 28, 2015

Pulut+sambal tumis ikan bilis

 jalan2 kat blog GeeHut ternampak lak pulut tanak makan dengan sambal tumis... mata dan tekak ni memang tak leh nampak yang sedap2 cenggini.... hendak saja nak merasa.... nasib baik lah ade bahan didapo, walaupun cuma gunakan santan serbuk, asalkan dapat melayan tekak yang teringin nak makan pulut ni.... ada jugak digandingkan dengan telor rebus, so kak rose pun ikut jer la cam Gee buat.... sedap lak tu!

tapi yang ni kak rose kukus pulut tu cam biasa... Gee, kak rose kopi resepi sambal tu ya... mekasih, sedap dan bilis tetap rangup dalam sambal tu...

Sambal Bilis
1 cawan ikan bilis - dibersihakan dan goreng garing

Bahan dikisar
4-5 ulas bawang merah
1 mangkuk cili kering
Garam, gula
Sedikit sos tiram
minyak

Panaskan kuali dan masukkan minyak.  Tumis bahan yg dikisar sehingga naik baunya.  masukkan garam, gula dan sedikit sos tiram.  Biarkan sehingga garing dan naik minyak.  Masukkan ikan bilis yag sudah digoreng garing tadi.  Angkat dan boleh dihidangkan bersama pulut tanak.
 
*** kak rose biarkan sejuk dulu sambal tu baru lah masukkan ikan bilis.... tetap rangup krup krap dalam sambal tu!

Monday, April 27, 2015

Ayam goreng kunnyit daun kari

 lauk simple yang sedap... dan yang penting cepat jer nak sediakan dan cepat jugak dapat makan... meratah gitu jer pun ok gak.... untuk yang nak diet dan kurangkan pengambilan nasi, apa kata buat ayam cam ni... tak de nasi pun tak pe kan... resepi ni kak rose cnp dari blog CMG yang memang jadi rujukan masak2 dari dulu lagi.... mekasih ya Mat. kak rose kongsikan kat sini kalau ada yang nak mencuba resepi ni...

BAHAN-BAHANNYA :-
1/2 ekor ayam, potong pada saiz sederhana (kak rose guna 2 keping dada)
1 camca besar serbuk kunyit (mat guna serbuk kunyit ADABI)
Garam secukup rasa
1 ulas bawang putih tumbuk halus
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 tangkai daun kari, dilurut
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris (x de kak rose ganti ngan cili api)
1 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang serai, dititik

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Ayam dibersihkan, buang kulitnya, cucuk dengan garfu. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit, bawang putih tumbuk halus dan garam secukup rasa (anggaran 1 camca teh). Perap dalam peti sejuk 1 jam (atau nak cepat tak payah perap, kalau perap lagi sedap).
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng ayam tadi, guna api sederhana, tutup kuali dan biar ayam masak perlahan, jangan goreng garing sangat, biar dia lembap2. Angkat dan toskan.
  3. Dalam kuali yang sama, tinggalkan sedikit minyak, tumis daun kari, bawang putih dan serai titik hingga harum, masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau. Goreng hingga layu. Masukkan ayam tadi, gaul rata dan matikan api. Boleh hidangkan..

Sunday, April 26, 2015

Kuih apam manja

 apam manja? rasa cam pelik jer nama kuih ni kan.... lama dah mencari resepi kuih ni, pernah makan masa duk langkawi dulu... selalu beli kat pasar malam pekan Kuah... comel2 dan sedap sangat berintikan kelapa manis.... kecik2 secoet sangat, jual 10 ketui for 1 hengget... makan 10 ketul pun rasa tak puas...dan semalam terjumpa lak resepinya... terus lah nak mencuba....buat satu adunan ni punyalah banyak dapat, tu pun kak rose buat slightly beso2... kalau kecik2 n comel2 tu tentulah lagi banyak dapatnya kan...

kak rose jumpa resepi ni kat sini dan barulah tau nama kuih ni... kenapa manja tu jadi tandatanya jugak... mekasih kongsikan resepinya ya.. lain kali boleh try dengan inti kelapa pulak...

BAHAN-BAHAN UTK KULIT
1 cawan tepung naik sendiri
1 bj telur
1/4 cawan gula
1/2 cawan susu segar/ susu cair
1/2 cawan air
1 sudu besar marjerin cair
Secubit garam

Cara:
pukul telur dan gula hingga kembang.
kemudian satukan dgn semua bahan lain dan kacau hingga sebati.

Kemudian, buat bulatan kira kira 4 inci lebar di atas kuali leper, apabila kering, lekatkan inti di bahagian tengah & lipat, picit dan angkat.

 

BAHAN UNTUK INTI:

1/2 cawan tpg gandum
1 sudu besar kastard
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan air
1 sudu teh pewarnacara
Sedikit esen vanilla
cara:

satukan semua bahan tapis
dan masak sehingga likat dan berkilat.( untuk filling boleh juga gunakan vanilla cream @ cream custard)

Saturday, April 25, 2015

Masak lemak ciliapi telur itik

 masak lemak yang buatkan makan nasi bertambah tambah.... suka sangat dengan gulai stail nisemilan cenggini....tapi sayang tak de belimbing buluh nak digandingkan dengan telo itik ni, jadi togel je la gulai ni. telur ni pun datang dari jauh menyeberang sempadan....kak rose beli masa g ziarah ke thailand tempoh hari... murah pulak, 10 biji for 45B, so beli lebih sket.... dan selebihnya kak rose buat telor masin..... masih dalam proses pengeraman...

 cantik telonya sbb masih baru katanya... dan masak lemak ciliapi yang kurang pedas ni resepinya   dari sini., banyak resepi style nisemilan yg sedap2 semuanya....

BAHAN-BAHAN : 5 biji telur itik - boleh tambah 5 cawan santan - kalau kurang boleh tambah 1 helai daun kunyit 1 batang serai - saiz besar Garam secukup rasa BAHAN DITUMBUK LUMAT : 10 biji cili api 1 inci kunyit hidup sedikit garam - secukupnya

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ


BAHAN-BAHAN :

5 biji telur itik - boleh tambah
5 cawan santan - kalau kurang boleh tambah
1 helai daun kunyit
1 batang serai - saiz besar
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :
10 biji cili api- kak rose kurangkan
1 inci kunyit hidup
sedikit garam - secukupnya

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan kunyit hidup , cili api dan ditumbuk lumat bersama garam . Masukkan semua santan dengan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama daun kunyit dan serai . Gaul semua bahan dan masak sampai kuah santan mendidih .

2. Pecahkan sebiji2 telor dalam mangkuk berasingan dan masukkan dalam periuk sebiji2 jugak hingga habis. perlahankan api dan tutup periuk. selepas 3-4 minit buka tutup periuk dan kacau perlahan2... jika telur dah keras boleh kacau perlahan2 dan pastikan telor tidak melekat didasar periuk. perasakan gulai dan bila telor dah cukup masak boleh la padam kan api dapur.
  



Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
sedapnya hingga menjilat jari2.... digandingkan dengan nasi panas2 dan ikan masin gelama goreng ... wallaaaaa tiga kali kak rose menambah nasik!

Friday, April 24, 2015

Buat sendiri tak kena gst!

 lama dah rasanya tak buat chicken chop ni.... buat from stratch, semuanya home made... bread crumb pun buat sendiri jugak. nak jimat la katakan dan kebetulan ade pulak sedikit kerajinan... tp yang sebenonya memang nak makan tapi tak nak keluar belanja n keluar rumah! so buat sendiri je la jawapnya.... tak dapatlah depa nak megenakan gst pada chicken chop kak rose nih...

 black pepper sauce pun buat sendiri jugak... resepi dari kak fida, dulu dah pernah cuba guna resepi ni dan memang kena dengan selera kami anak beranak... kak rose kongsikan kat sini ya resepinya..

Bahan-bahan
  • 3 sb mentega*
  • 4 sb tepung gandum*
  • 300 ml air panas
  • 300 ml susu segar
  • 1 keping kiub lembu/kiub ayam
  • 1 sb kicap pekat
  • 1 sk cuka
  • 1 sb serbuk lada hitam (lebih sedap kalau yg ditumbuk sendiri)

  • Cara-cara
  1. Cairkan mentega di dalam kuali atau periuk atas api yg kecil dan masukkan tepung.Masak hingga berbuih.
  2. Masukkan kesemua bahan2 yang lain ke dalam campuran tepung dan gaul hingga rata dan masak hingga pekat.Jika terlalu pekat boleh ditambah sedikit air atau susu cair lagi.
  3. Apabila siap, bolehlah disajikan dgn steak,chop atau burger pilihan.
 puas hati bila buat sendiri... boleh makan lunch n dinner sekali... gandingan simple fries n coleslaw bersama chicken chop dan black pepper sauce.  yang penting tak de gst!

Thursday, April 23, 2015

Nasi goreng daging

 nasi goreng daging yang banyak kali dah kak rose buat.... sedap dan mudah menyediakannya, kira all in one... semua dah ada dalam tu, tak payah nak sediakan lauk dan sayur bagai... nampak sangat pemalasnya kan kak rose ni? bila tinggal sorang2 ni memang nak yang mudah disediakan dan cepat jer dapat menikmatinya... so nasi goreng ni one of the option lah kiranya.... makan dengan tomato slice n chicken tempura+sos cili...nak potongkan timun, sekali timun yg disimpan dalam vege compartment pun dah jadi beku.... berice!

wasted jer timun jepun ni... dah jadi ice batu, begitu jugak satu bundle celeri.... semuanya beku.  tak de rezeki la sudahnya kan... apa pun, mixed vege jadi penyelamat untuk nasi goreng ni.... resepi dari AlongRoz, mekasih.

Bahan-bahan

  • 4-6 mangkuk nasi putih
  • 1 senduk kecil minyak
  • 10 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih* (*separuh hiris dan separuh tumbuk)
  • 2 cili merah - tumbuk
  • 100-200g daging - hiris nipis - kak rose buh daging cincang jer
  • Segenggam mix vege 
  • 2 sm sos tiram
  • 1 kiub ayam maggi (4 g)
  • 2 sm kicap masin
  • 2 sm kicap manis
  • Saleri & Bawang besar
  • Garam dan lada sulah
Cara-cara

  1. Campurkan nasi dengan garam dan juga serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis pula bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau sampai daging masak.
  4. Masukkan sos tiram, kicap masin dan manis. kacau sekejap dan masukkan mix vege.
  5. Last skali masukkan nasi dan gaul rata.
  6. Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng tadi, hirisan saleri dan bawang, keropok ikan dan salad kegemaran.

Wednesday, April 22, 2015

Pun kena GST!

 Sejak 1st April 2015.... most of barang2 keperluan dikenakan cukai gst... so seliper yang kak rose beli ni pun tak terkecuali.... beli sepasang seliper cam ni pun kena 10 hengget lebih cukainya!... kalau ada anak ramai nak sediakan keperluan kasut sekolah lagi la parah kan...waima beli gula2 untuk sakit tekak pun kena bayar gst! dan barang2 yang zero rated gst pulak mencanak2 naiknya... camner nak percayakan kata mentri yang gst ni boleh menurunkan harga barang kan?

apa pun, kita sebagai rakyat terpaksa juga membayar cukai barang dan perkhidmatan ni...dan ada banyak lagi cukai yang perlu kita langsaikan.... cukai pintu, cukai tanah, cukai jalan, cukai pendapatan and the list go on.....

WW: tipah tetipu!

 the illustration

the reality and not tasty.
+ service charge, + gst ----> tak puas hati!

Tuesday, April 21, 2015

Buah melaka

 Buah melaka untuk minum petang semalam.... dah berkali2 buat, tapi tak pernah jemu dengan kuih mudah ni... walaupun hari tu terperanjat dengan harga tepung pulut...5.90/500gm, belek2 macam tak percaya, tapi itulah rega yang tertera di price tagnya! cuma kak rose tersilap sbb tak amik gambar pada price tag tu...dan baru ni bila g thailand, sepeket 500gm tu baru 16bath... about rm1.90 cam tu... so amik lah lebih sket untuk stok bulan posa nanti....



Bahan2 (dalam 20 biji)
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan air daun pandan (daun pandan dikisar halus dengan air)
  • 1/3 cawan air dengan 2 titik pewarna hijau
  • 1/2 cawan kelapa parut digaul dengan 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 keping gula melaka/kabung (dipotong kecil-kecil)
Caranya
1.  Di dalam besen saiz sederhana, gaulkan tepung pulut, tepung gandum, air daun pandan dan air warna sehingga mesra sebati dan tak melekat dijari.
2.  Sediakan periuk berisi air, untuk proses masak buah melaka.
3.   Sementara menunggu air mula mendidih, canaikan adunan sebesar duit 20 sen dan masukkan gula melaka yang dipotong kecil, siapkan dalam 4-5 biji.
4.  Air dah pun mendidih dan masukkan buah melaka, kalau dah masak ia akan timbul.
5.   Setelah itu angkat dan toskan.
6. Pindahkan kedalam dulang berisi kelapa parut untuk dioleskan.
7.   Okay, dah siap, maka bolehlah dihidangkan untuk minum petang atau bila2 rasa teringin nak makan buah melaka. Selamat mencuba

Monday, April 20, 2015

My Kuali ku merata2...

 Asalamualaikum dan salam satu Rajab 1436H....  dan selamat berpuasa kepada kawan2 yang melakukan ibadah puasa di bulan Rajab ni.... kak rose memang tak dapat nak menyambutnya kerana masih nursing my demam yang belum kebah and still on medication....

dan bila ada banyak masa membrowsing blog sendiri,maka terjumpa macam2 dan My Kuali ni macam ada banyak blog pulak..... satu blog pun kak rose tak terlarat nak mengupdate setiap hari, ini kan pulak sampai tiga at one go kan......sebenarnya bila tengok images, sudah pasti kita kenal dengan kerja tangan kita ni kan.... jadi mmg senang nak trace kat mana gambar kita tu.... dan ini lah hasilnya yang kak rose jumpa petang semalam.... My Kuali latest entry semua ada kat sini.... http://mediaterjah.com/category/lifestyle.... dah macam blog kak rose lagi satu pulak. Adoyaiiii la...

dulu pun kak rose pernah buat entry yang ni..... pasal My Kuali jugak.... suka sangat derang ni nak cilok harta karun kak rose jadikan macam dia punya jer kan.... tak de rasa bersalah langsung amik gambar2 dan artikel merapu meraban kak rose and claim to be dia punya! tolong lah kak rose ni ......  http://blog-resipimalaysia.blogspot.com/  entah lah!!!! tak larat nak mencari yang lain lagi dah! dan rasanya ramai kawan2 yang dah tak rajin nak mengupdate blog disebabkan menda2 macam ni kan!

sekian rambling dipagi isnin....gggrrrrr!!!!!

Sunday, April 19, 2015

Melayan tekak yang demam...

 dah dekat seminggu demam, ubat pun dah abes dimakan tapi demam dan pahit mulut tak hilang2 lagi nih.... dua hari lepas g jumpa doktor tu rasa macam dah ok, so bawak lah diri g jenjalan shopping2 dan makan2....tak beringat baru lepas demam, minum pulak orange frost... memang nak jadi punca demam datang balik! tapi lepas lunch kat Black Canyon Cafe tu badan rasa sejuk menggigil walaupun sebenarnya sangatlah panas temperature nya.... malam lagi lah... badan berpeluh tapi sejuk menggigil tanpa air-cond! dan sudahnya sekali lagi kena g jumpa doktor...

dan bila tekak rasa pahit dan rasa macam nak termuntah jer, semua menda pun tak leh nak masuk... cuba buat bubur mekdi ni, tu pun dapat makan cuma sikit jer... tak tertelan rasanya....apa pun meh kak rose kongsikan resepi bubur ala mekdi ni kat sini..

Bahan-bahan
  • 1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm)
  • 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
  • 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
  • 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
  • sedikit garam
  • 1 liter air
  • * GARNISH *
  • lada merah
  • daun bawang n daun sup
  • sedikit mninyak bijan
  • * AKSESORI TAMBAHAN *
  • ikan bilis n kacang digoreng
  • lada jeruk
  • Cara-cara

  • Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
  • Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak
  • Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  • Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk atau sambal kicap.

Saturday, April 18, 2015

Nasi ayam butter

 walaupun tak berapa sihat sbb demam yang berpanjangan, tapi sebab anak ada balik bercuti dan esok dah nak kembali semula ke melaka, jadinya mamanya gagahkan diri masak nasi ayam untuk lunch semalam. sejak balik hari minggu tu memang tak sempat nak masak untuknya lagi.... dan rasa sangta berbaloi bila tengok dia makan bertambah2 dengan tiga ketul peha ayam at one go!... hilang rasa penat bersilat didapo dengan minyak goreng ayam yang terpercik merata! kak rose kongsikan resepi dari hana ni ya...

Bahan-bahan
UTK NASI
  • 3 cawan beras (hana gune beras thai )- basuh dan toskan
  • 31/2 air rebusan ayam - bergantung jenis beras
  • Rempah tumis (kayu manis,bunga lawang, cengkih, pelaga..)
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 1 inci halia - ketuk
  • 1 sudu serbuk pati ayam knorr
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 1 batang serai ketuk (kak rose x letak)
  • 2 sudu besar butter
  • garam
>> Panaskan butter. Masukkan rempah tumis, hingga naik bau.. Masukkan bwg, halia.. Tumis lagi. Masukkan pula air rebusan ayam, daun pandan, serai, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa.

UTK SUP
  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong
  • 1 sk serbuk@kiub pati ayam
  • 1 batang saderi - potong
  • 2 inci halia - ketuk
  • Air secukupnyer
  • garam
  • daun bawang dan bawang goreng
Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.

UTK SOS MERAH
  • 3-4 batang lada merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri (kak rose guna cherry tomato)
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos chili
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu besar gula
blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api. (kak rose x masak pun, terus cam tu jer pun dah sedap!)
UTK SOS HITAM@KICAP
  • 3 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil madu
  • 2 sudu besar air rebusan ayam ( kak rose buh lebih air rebusan tu )
Campurkan semua. ketepikan.

UTK AYAM GORENG MADU - bleh juga tgk di sini.
  • Ayam rebusan tadi
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 inci halia - parut
  • 2 ulas bawang putih - parut
  • blackpepper - optional
  • bleh tambah minyak bijan jika inginkan lebih wangi
Campurkan semua bahan. Perap lebih kurang satu jam atau lebih. (hana perap 20min jer) Panaskan minyak (gune minyak sedikit sahaja asal tenggelam paras setengah ayam). Goreng ayam tadi hingga keitam2an. Jgn hangus sudah! Jika ingin dibakar boleh juga.Hidangkan dengan nasi ayam, sup n sos tadi dan juga dengan daun salad@ kubis, tomato dan timun.

Friday, April 17, 2015

Apam labu

apam labu yang gebus gebas, lemak manis yang kak rose buat 2 hari lepas.... satu adunan ni kka rose dapat 26 biji apam montel2 ni.... pada kak rose dah banyak dah sbb keluarga kecik jer kan... sorang makan 3 biji pun dah tak larat dah.... so more than half dari apam ni goes to my neighbor untuk tolong abeskan.. daripada membazir kan...

apam labu mengembong dengan jayanya, baru turun dari kukusan..... resepi yang sama kak rose pernah buat dari Izah.... tapi betul ker makan apam labu ni boleh angin satu badan? entah ler...

Bahan A:-
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam

Bahan B:-
  • 230 gm labu direbus lembut (asal menggunakan 200gm keledek)
  • 150 gm gula (asal menggunakan 180 gm gula)
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat

Bahan C:- (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder (asal menggunkaan 1 sk double action b.powder)

 
 tanpa kelapa pun ok jer, sbb dah cukup lemak manisnya....

Cara Membuat:-

  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  2. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  3. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  4. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (Ummi tutup mangkuk adunan).
  5. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (Ummi guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  6. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.

tak de lagi kuih hari jumaat untuk buah tangan mengaji kak rose, buat pun untuk makan sendiri jer... rindu sangat dengan kawan2 mengaji setiap hari jumaat.... rindu makan2nya, rindu gebang2nya.....

Thursday, April 16, 2015

Home made ice cream

selama ni teringin nak buat ice cream home made ni, tapi macam tak yakin jer boleh menjadi... tapi kalau kita tak cuba mana tau jadi ke idok kan.... so dengan bahan2 yang sedia ada kat dapo, gigih lah mencuba buat sendiri ice cream ni.... berkali2 check freezer nak tunggukan dia untuk 2nd belnd tu....asik masih cair jer, bila lama2 sudahnya lupa jugak.... dah keras kejung baru nak blend lagi sekali. so pepandai la.... biarkan sekejap dan blend sekali lagi.... huh! jadi jugak sudahnya home made chocolate ice cream.... cumanya lupa nak masukkan chocolate chips dalam blender, tu yang bertabur kat atas jer... gasak la labu!!!! kita yang buat dia kan! tq kawan kongsikan resepinya ya.

resepi dari sini
Ice cream Chocolate Chips
Bahan2:
  • Coffeemate
  • Susu Coklat
  • Milo (sket jek..tu pon kalau nak bagi more choclatey)
  • Chocolate chips
 Caranya:
  • Sukat 1 mug coffemate and 1 mug susu coklat.
  • Masukkan dua-dua tu dalam blender korang, letakkan sedikit milo. Then blendkan..
  • Masukkan dalam bekas and letak dalam freezer.
  • Sebelum dier keras betul, keluarkan and masuk balik dalam blender and campak kan chocolate chips sebanyak yg korang nak..then blend. Masuk bekas, letak balik dalam freezer..siap
 tabur colourful chocolate rice dan sedia dinikmati dihari yang panas ni.... sedap! mangkuk ice cream yang comel2 tak jumpa pulak.... entah dalam kotak mana la agaknya...tak daya nak selongkar kotak yang belum dibukak sejak pindah ari tu.... dalam mangkuk sup pun boleh la kan?

Wednesday, April 15, 2015

Tuesday, April 14, 2015

Asam pedas sadin

 pertama kali masak sadin ber gst! sadin yang dah sedia mahal, bertambah naik harga lagi dengan adanya gst... tapi nak makan kena la bli jugak kan, tak terdaya nak ikut nasihat mentri cgpa 3.85 tu..... hisshhhhh!!!! apa pun meh la makan nasik panas2 ni dengan sadin asam pedas ni... kalau ingat pasal gst, memang boleh poning palo memanjang!

resepi ikut CMG punya masak,...mekasih Mat, kak rose tepek kat sini ya..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sardine pilihan anda (che mat guna sardine cap AYAM)
1/2 biji kecil nenas madu, dibersihkan dan hiris nipis (kak rose gantikan dengan tomatoes)
1 kuntum bunga kantan, belah 2 (ilek, tak dak...)
2 helai daun limau purut (boleh ganti dengan daun kesom)
1/2 camca besar pes asam jawa
1 senduk nasi penuh cili kisar
1/2 kiub pati ikan bilis (optional)
1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Air scukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 keping hirisan lengkuas
Secubit belacan (gantikan dengan pati ikan bilis)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan ikan sardine dan sosnya. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan). Tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah sos ikan sardine, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tambah pes asam jawa, kacau rata dan masukkan nenas. Gaul rata dan masak sekejap. Tuang air secukupnya (anggaran 1 liter), kacau dan biar mendidih. Masukkan bunga kantan, daun limau purut (atau daun kesom) dan kiub ikan bilis. 
  3. Perlahan2, masuk ikan sardine. Tambah serbuk lada hitam, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

Monday, April 13, 2015

Kacang kuda rebus

Asalamualaikum dan salam isnin. Pagi2 hari kak rose dah pergi klinik sbb demam dari semalam lagi.... ingatkan bila dah makan ubat tu kebah la, tapi malam tadi sejuk menggigil walaupun badan sangat panas.. so pagi2 lagi dah kena g doktor la.... dan sebelum g doktor tu kak rose dah rebus kacang kuda ni, konon nak buat yang bersira pedas tu.... tapi bila dah demam dan batuk2, terus lah kancel nak buat tu... rebus jer pun ok gak, sihat dan tak berminyak2 kan... rebus kacang style kak Hanieliza... walaupun mulut pahit tapi makan jugak kacang ni!


Bahan-bahan:
300gm kacang kuda
1 sudu besar gula pasir
garam secukup rasa

cara:
  • cucikan kacang kuda dan rendamkan semalaman
  • rebuskan dengan gula dan garam sehingga lembut lebih kurang 1 jam
  • bila nampak kembang bolehlah ditoskan dan dihidangkan

dan ini lah ubat demam, batuk dan selsema dari klinik tu...harap2 ok la lepas makan ubat nih. first time g klinik sejak pindah ke Penang ni...

Sunday, April 12, 2015

Tepung pelita

 lama rasanya tak buat kuih tepung pelita nih.... sejak pindah ke Penang ni memang jarang sangat buat kuih untuk makan2 sambil gebang2... masih rindu dengan suasana di shah alam, bila petang khamis jer pasti sibuk sediakan kuih untuk buah tangan mengaji Al-Khafi setiap pagi jumaat.... tapi kat sini tak de dah tu semua, cuma kak rose teruskan dengan mengaji tu walaupun sorang2, hanya bertemakan tab saja... tanpa ada makan2 n gebang2! rindu sangat moments itu!

 so hari ni bila ada jemputan untuk sambut birthday anak kawan kat sini, kak rose pun buatlah tepung pelita ni untuk buah tangan majlis tu.... tapi tidak la kak rose buh dalam gelas ni... sbb bekas comel2 tu tak cukup, gelas kecik2 ni pun jadi mangsa la... sebenarnya kak rose ada beli satu pack yg 100pcs tu semasa nak berpindah ke sini, tapi tu lah bila cari semedang tak jumpa.... masih banyak kotak barang pindah yang tak berusik, tak terbukak... dan bekas plastik ni entah dalam kotak yang mana pun tak pasti....

 resepi dari yani@Myr, memang serasi betul dengan resepi yang ni...

Bahan-bahan
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan dan boleh simpan dalam peti sejuk jika mahu

tepung pelita dalam bekas kecik2 sedang bertapa dalam fridge... buat dua adunan dan yang ni kak rose bawak untuk jamuan majlis harijadi anak kawan...