Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, January 12, 2015

Suma datang serentak....

 Ni la kisah berpindah rumah, cerita hari selasa lepas.... asik citer pasal rumah dan pindah jer, masak2 memang belum terbuat lagi. semua pun nak kena buat from stratch. air cond yang dah ditanggalkan dirumah shah alam kena pasang kat sini pulak...walaupun dah ade bekas lama tempat pasang tu, tapi bila buat pemasangan baru the charges pun macam nak pasang yang baru... 3 buah at 150 each. kalau lah pandai semua buat sendiri kan jimat... nak tak nak kenalah juga koyakkan poket tu!

 5 orang yang datang buat pemasangan ni, tapi ya Allah lamanya nak settle...dekat tiga jam baru sudah semuanya. siap ade minum petang lagi tu....kita kesian kat derang buat kerja penat2 tapi depa ni bukan mau kesian kat kita pulak, sedikit diskaun pun tak nak kasi.... dan pasang air cond tak siap lagi, datang pulak orang nak buat pest control service....sembur untuk semut dan lipas luar dan dalam rumah.

 sementara tu ada jiran yang komplen pasal air kumbahan yang bertakung kat kawasan perumahan ni, jadi IWK pun datang buat kerja pada masa yang sama... bukak lubang sewerage dan korek sana sini. nasib baik jer jauh dari belakang rumah kak rose ni... kalau tidak pasti dapat haruman percuma jer kan.

 dan last sekali, bila hari dah nak senja ade pulak fogging company buat service kat kawasan perumahan ni... kalau kat shah alam dulu ade komplen pasal denggi baru derang buat fogging, tapi kat sini yang sentiasa panas berbahang pun ada buat jugak. ade nyamuk aedes ker? tapi bagus jugak la untuk prevention sebelum apa terjadi kan.

harap bila semuanya dah settle down, boleh la duduk dengan aman dan selesa kat sini.... cuma berkemas dan unpack barang2 tu yang tersangatlah malasnya nak buat... ade sapa2 yang volunteer nak tolong kak rose yang punya banyak sangat vitamin m yang tak de ubat ni? hishhhhh!!!!

No comments: