Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, December 17, 2014

Popia nestum lagiiii

 buat lagi popia nestum ni sbb nak jugak clearkan stok yang ade dalam fridge... macam2 tok nenek ade dalam tu, tapi malas jer nak ngerjakan dan buat sesuatu. masa beli memang tak hengat dan tak sangka pulak nak kena pindah rumah dan berangkut segala menda barang2... kulit popia ni bli sampai tiga packet, dalam hati macam2 nak buat.... popia, samosa dan salah satunya popia nestum ni... tapi hanya ini lah yang terdaya nak buat, yang ni boleh simpan lama tu la yang jadi pilihan.... maklumlah dalam rumah ni ade dua molot jer nak nyuapnya...ade sepeket lagi tu entah bila nak mentransformkan jadi popia ni pulak....

 menggulung sepeket popia ni boleh mengantuk, berenti kejap pas tu sambung balik.... dapat satu balang beso ni dan lepas gulung n potong2 tu kak rose biarkan kering barulah goreng....rangup sangat tu yang makan tak leh nak berenti....lupa sekejap sakit bahu masa menggulung tu!

resepi dari hanamemories lagi... mekasih ya nduk, kak rose tepek kat sini lagi...

Bahan-bahan

  • Kulit popia
  • Nestum kisar
  • Gula halus @ aising
  • Susu tepung sedikit
Cara-cara
  • Gulung kulit popia. (Untuk mudah gulung, gunakan chopstick@lidi sate yg panjang). Lekatkan bahagian hujung dengan air (bleh juga lekatkan dengan bancuhan tepung gandum+air atau telur).Kemudian gunting menyerong.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga kekuningan. Angkat, toskan dan sejukkan.
  • Campurkan nestum, gula dan susutepung. Gaul rata. Masukkan popia. Gaul semua.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.

4 comments:

adda syuhada said...

mmg rajin btl k.ROSE nih..

Nasa Mulia said...

kak rose, orang sabah panggil ini batang buruk..

Kak Rose said...

adda, rajin sbb nak kena kosongkan fridge... terpaksa!

Kak Rose said...

nasa mulia, lain tempat lain pulak namanya...rasa ttp sama kan!