Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, December 2, 2014

Cucur nasi ikan bilis

 breakfast bulan lepas pun nak jugak buat tayangan amal kat sini.... he he he. actually sarapan dua hari lepas, tapi ya lah ni kan dah beralih bulan, jadi dah bulan lepas punya menu la kan. selalu sarapan dengan roti jer tapi bila kehabisan roti mmg merapu meraban la cari apa nak buat bekpes... nasib baik ade sedikit baki nasi semalam. jadilah cekodok nasi ikan bilis ni...sedap makan ciciah dengan cili sos....walaupun dah sejuk tapi tetap lembut cucur ni.

resepi nya dari Yatie, mekasih ya..

Sumber : Yatie


 Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar*
  • 2 biji bwg putih*
  • 1/2 cwn ikan bilis*
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
  • ** yang ni kak rose blend kasar2, suka ada rasa ikan bilis n bawang tu...
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk menjemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah.

2 comments:

Liza said...

peberet Liza ni akk...sedapnya

Cik Iman said...

ooo tak tau pulak leh buat cucur nasi, tau buat nasi goreng je kalu ada nasi lebih