Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, November 30, 2014

Buat lagi... he he he

 buat lagi meat balls ala ikea ni....tapi kali ni guna meat balls jenama Ramly pulak. tekak ni dah serasi dengan jenama marina tu, bila tukar guna ramly's brand ni rasa kureng pulak... jenama marina tu lebih padat n rasa sangat meaty gitu...anak pun complaint, sos dah ok tapi the meat balls rasa macam tak ngam, lagi pulak saiz dia kecik2 jer compare to marina's.

sauce nya kak rose buat guna resepi yang pernah kak rose buat dan gandingkan dengan spaghetti hari tu.... kali ni gandingkan dengan fries, carrot n brokoli yang diblanch. Alhamdullilah, kenyang sudah tapi sekejap jer dah lapo balik... camner tu agaknya?

SWEDISH IKEA MEATBALL
Bahan-bahan
meatball jenama Ramly secukupnya digoreng tanpa minyak dan api sederhana. pastikan selalu balik-balikkan. jangan sampai hangus.

 kentang goreng secukupnya 
1 sudu jem strawberry/blueberry/mixed fruit (telupa lak nak letak)

Sauce Gravy 
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
1 1/2 cwn air sejuk
100 ml susu segar/susu cair
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam (kak rose omit this one)
1 sudu gula
serbuk beef gravy segera/1 kiub pati daging


Cara penyediannya
1-  Cairkan butter guna api perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan. jgn sampai garing.
2-  Masukkan tepung gandum. Kacau hingga berubah warna sedikit coklat. masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
3-  Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan beef gravy. Kcau rata dan biar sampai mendidih.
4-  Sentiasa kacau bagi tak berketul. Perasakan dgn garam jika terasa tawar. 



Kalau kuah terlalu pekat, campurkan sedikit air, dan jika cair, tambah sedikit air tepung jagung.
5-  Kacau sebati. Tutup api, blender gravy tadi hingga halus. Tuang semula dalam periuk dan didihkan sebentar. Kacau sentiasa. Apabila sudah mendidih, tutup api dan tuang atas meatball. yummy!

1 comment:

Anonymous said...

Salam kak Rose,

Jem tu untuk apa? ingat nak cuba resepi ni

Muna ampang