Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, October 2, 2014

Kek gula hangus

Salam dan selamat pagi semua.... kuih juadah petang semalam, kek gula hangus. hati manyak suka sbb sarangnya menjadi dengan banyak.... banyak semut boleh menyorok dalam tu he he he.... pernah buat tapi sarang nya sangat kurang. guna resepi ni sbb ramai yang dah mencuba dengan jayanya, jadi kak rose pun teringin jugak nak membuatnya dengan harapan muga2 menjadi dengan elok. dan Alhamdullilah, it's turn out seperti yang diharapkan. suke sangat!

 resepi dari blog Nuanza, mekasih kongsikan resepi dengan tips nya sekali.... mohon kak rose nak sharekan kat sini lak ya..

bahan2
ni utk wat gula hangus- buat yg ni dulu sblm bancuh adunan

2 cawan gula pasir
2 cawan air mendidih
3 sudu besar (penuh) mentega

cara:

masukkan gula dlm kuali atau periuk
bukak api sederhana kecil...
sentiasa kacau2 gula sampai larut
sampai warna jadi keemasan macam madu..
kalau jadi kearangan, buang je la...konpem x jadik

nanti kek tu akan jadi pahit kalo gula tu hangit
pas tu masukkan air panas tadi
Awas, sedikit kemalangan akan berlaku kalau x berhati2
sbb gula akan meletup2 sket nanti
pastu gula tu akan jadi macam ketul2 sket bila masuk air
cair kan semula
bila dah cair semula, masukkan mentega dan biarkan larut...
tutup api dan sejukkan...
 
 gula hangus in the making.... keemasan macam madu....

bahan lain:

7 biji telur saiz A
2 cawan tepung gandum
1/2 tin susu pekat manis disukai ramai
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila

cara:

pukul telur sampai kembang
(blend pun boleh..guna mixer pun boleh- aku guna blender je)
pastu masukkan susu pekat
kasi blend lagi sampai sebati
masukkan pulak esen vanila

pastu ayak tpg gandum + soda + baking powder
masukkan dlm adunan..teruskan blend
last sekali, masuk la gula hangus yg dh sejuk td...
blend lagi!


bakar selama 1- 1 1/4 jam guna api bawah n suhu cam biasa la..antara 160-180 darjah celcius
5-10 mnt terakhir, guna api atas dan bawah
kalo kek lom masak, tambah 5 mnt lg
biarkan sejuk sblm potong

(utk dapatkan potongan yg cantik dan berlubang, belah kek di tgh, kemudian tgk arah urat kek..potong kek secara melintang garisan tersebut)

 

1 comment:

Unknown said...

Masya'Allah..
Cantiknya "sarang" semut tu..