Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, September 22, 2014

Abok abok malas....

salam dan selamat petang kawan2 semua... juadah apa agaknya untuk minum petang hari ni ya? kak rose ni rasa sangat nak makan kuih abok2, tapi sangat lah malasnya nak membungkus cantik2 tu... sebenarnya bukan tidak rajin tapi sangat lah tax pandai nak membungkus cara kelongsong tu.... asik2 terbarai jer, so sudahnya bungkus jer cara malas ni... isi tetap sama kan, asalkan dapat makan!

 ni la abok abok malas kak rose.... lidi pun tak jumpa, guna jer stapler.... tapi ni bahaya ya kawan2. kalau ade anak kecik, takut nanti lain pulak jadinya.  jangan ikut kemalasan kak rose ni ya... resepi nya kak rose dapat dari cikgunita, mekasih kongsi kan resepi kuih sagu peberet kak rose ni...

Bahan-bahan
  • 2 cawan sagu biji.
  • 2 cawan kelapa parut putih
  • 3 sudu makan gula merah
  • 3 sudu makan gula pasir
  • secubit garam.
  • 10 calong daun pisang. Lidi penyemat

 
 Cara-cara
  1. Basuh sagu dan toskan 5 minit.
  2. Gaulkan sagu dengan kelapa. Tambahkan garam.
  3. Campurkan gula merah dengan gula pasir.
  4. Masukkan 2 sudu campuran sagu ke dalam calong daun pisang. Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan akhirnya masukkan 1 sudu campuran sagu.
  5. Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit. Siap.
ni la abok abok malas kak rose, makan masa hangat2, nyaman seh!

ni abok2 rajin kak rose..  pernah buat dulu dengan bungkusan kelongsong yang menjadi... nak jugak tayang kerajinan kan!

2 comments:

Unknown said...

sedapnyerrrrrr..terliur sbb dh lama tak makan ni

Yuyun said...

wahhh...kecik2 dulu mak biasa buat kuih ni.. lama x makan dah....