Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, July 23, 2014

Mocha crunchy

 my second cookies for this coming hari raya....sangat lah tidak rajinnya nak buatnya, tapi apalah ertinya hari raya kalau tak ade sekut raya kan?nak tunjuk2 tu boleh jer tapi selalunya kak rose lebuh suka buat sendiri... walaupun kejadiannya tak secantik yang dijual dengan packing yang cantik2 tu... buat yang kita suka nak makan jer, biar berulang2 buat tapi tetap suka... mocha crunchy ni kalau tak puasa pun boleh buat.... buat cemilan masa menghadap komputer sambil tangan menyuap. sedap n mmg crunchy, harum bau mocha n nescafe tu.

resepi asal dari Noorma, kak rose kongsikan kat sini ya..

Bahan2
300gm mentega
300 gm tepung gandum
150gm gula kastor
120gm cornflakes - diramas
100gm coffee chips
50 gm hazelnuts dicincang kasar (kak rose guna almond nib)
2st mocha essence
1 pek nescafe 3 in 1
1st emplex

Cara2
pukul butter, mocha essence, nescafe 3 in 1 dan gula. pukul sebentar, sekadar sebatikan semua bahan2 tu
masukkan semua bahan2 lain... gaul sebati
dengan menggunakan sudu kecil (sbb adunan ni lembik sket) sudukan adunan ke atas loyang yg berglis
bakar pasa suhu 180'c selama 35-40 minit
siap 

5 comments:

Mummy Dina said...

nampak cam sedap sangat..tetibe rasa cam lambat je lagi nak berbuka..hehe

Kak Rose said...

Bawak bersabar ya Mummy Dina... ade setengah hari lagi nak kena bertahan!

Jueliza Jamani said...

kak.. nak tanya emplex fungsinya apa yer?? kalo tak letak boleh?? hahah derhaka kepada resepi.. bahan2 lain ada.. hat tu jer takder..

Kak Rose said...

Jueliza Jamani emplex tu untuk merangupkan biskut... rasanya kalau x de pun x pe cuma kurang la the crispness nya walaupun masih rangup!

Jueliza Jamani said...

akak.. kalo cream of tartar sama fungsi macam emplex ker??