Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, June 30, 2014

Talam skoteng derhaka!

 Asalamualaikum dan selamat berpuasa untuk semua. hari kedua kita berpuasa hari ini dan akan menjalani solat sunat tarawikh untuk kali yang ketiga, Insya Allah. awal2 puasa ni, Alhamdullilah, melimpah ruah jemaah sampai kat tangga mesjid dan harap keadaan macam ni biarlah sampai ke hujung Ramadhan nanti. dan semuga Allah memberi kan kekuatan dan kesihatan yang baik buat kita semua terutama kak rose untuk menjalani ibadah dibulan yang penuh barakah ini. Aminnnn

kuih talam ni kak rose buat untuk majlis Khafi pada minggu2 sebelum puasa tu tapi nak jugak enter frame kan kat sini...tapi kuih talam sekoteng ni kak rose dah derhakakan...sebab teringin nak mencuba tapi tak dak skoteng tu, kak rose gantikan dengan cha cha yang kaler kaler tu... tapi bila dah derhaka, ade je la kejadian yang tak berapa sempurna... macam terlembik sket la pulak. walaupun masih boleh dipotong tapi kurengggg puas ati dengan kejadiannya. nak tengok kejadian yang sangat cantik tu boleh ke blog Naz@ovenkecil. jeles kak rose tengoknya!. apa pun, terima kasih kawan2 yang sudi kongsikan resepinya, dan mintak izin kak rose nak tepek kat sini pulak... terima kasih Naz, kak rose pun buat separuh adunan jer.

TALAM SEKOTENG
RECIPE BY: Chef Asma
SOURCE: Am-flora@serojakitchen
TRIED & TESTED BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com

LAPISAN BAWAH:
(Adunan penuh):
50 gm sekoteng (rebus & toskan)
(Kalau tak ada sekoteng, boleh guna sengkuang cina yang direndam dengan pewarna pink, menurut kata Chef Asma)
(kak rose guna 50gm cha cha)

(*)
150 gm tepung beras
250 ml santan pekat
450 ml air
1 tbsp Tepung Hoen Kwe(putih)
150 gm gula kastor
1 tsp garam

(1/2 adunan):
25 gm sekoteng (rebus & toskan) (Naz guna 50 gm sekoteng-biar nampak banyak dalam lapisan ni)
(Kalau tak ada sekoteng, boleh guna sengkuang cina yang direndam dengan pewarna pink, menurut kata Chef Asma)

(*)
75 gm tepung beras
125 ml santan pekat
225 ml air
1/2 tbsp Tepung Hoen Kwe(putih)
75 gm gula kastor
1/2 tsp garam

CARANYA:

  1. Bancuh semua bahan yang bertanda (*), tapis dan masak hingga naik wap. Tutup api.
  2. Masukkan sekoteng yang telah direbus tadi dan kacau rata.
  3. Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25 minit.


LAPISAN ATAS:
(Adunan penuh):
150 gm tepung gandum
300 gm gula kastor
5/3/2 biji telur
250 ml santan pekat
500 ml air
1/2 tsp garam
1 1/2 tsp perisa rose

(1/2 adunan):
75 gm tepung gandum
150 gm gula kastor
1-3 biji telur
125 ml santan pekat
250 ml air
1/4 tsp garam
3/4 tsp perisa rose  (Naz guna 3/4 tsp esen rose dan beberapa titis pewarna pink)

CARANYA:

  1. Bancuh semua bahan, tapis ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
  2. Tuangkan ke atas lapisan bawah. (Naz cakar sikit permukaan lapisan bawah tadi dengan garfu sebelum menuang adunan ini).
  3. Kukus selama 30 minit.
*Guna loyang 10"X10"X2"@3" untuk adunan penuh.
*Naz guna loyang 6"X6" untuk 1/2 adunan yang dibuat.

Saturday, June 28, 2014

Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan 1435

Friday, June 27, 2014

Kuih pebret sepanjang masa...

kuih yang sangat simple ni mmg jadi pebret sepanjang masa.... dan resepi ni jugak yang kak rose guna berkali2.... dah try yang lain2, tp macam x brapa nak menepati tekak jawa ni.... kaswi nyonya, kaswi pandan, kaswi labu tapi yang ni jugak yang sangat sedap ditekak kak rose ni... suka yang lembut goyang2 gitu dan gula merah tu mmg memberi kelainan pada kuih kaswi ni....sepiring cam ni pun boleh habis ngadap sorang2... pelahap sungguh kan! agak2 kalau buat kuih untuk bukak posa laku x?...yang ni kak rose buat separuh adunan, maklumlah untuk dua molot jer!.

resepinya...

Bahan2

2 caw tepung gandum
1 caw tepung ubi
3/4 caw gula
1 caw gula merah
sedikit garam,
air kapur
5 caw air

cara

masak gula merah dan putih dengan sedikit air (part of 5 caw tadi), sejukkan.
satukan semua tepung, masukkan sedikit garam, air kapur, air gula dan juga baki air tadi... kalau suka boleh bubuh sedikit kicap manis (untuk lebih hitam) kacau sebati dan tapiskan. kukuskan lebih kurang 45 minit dah siap....
salut dengan kelapa putih yang d campur sedikit garam...

Thursday, June 26, 2014

Getting ready for puasa

 Salam dan selamat tengah hari semua.... kejap jer dah tengahari kan... rasanya baru habis balik dari berbriskwalk pagi tadi, mesin kain pun tak sidai lagi.... tengok jam dah pukul 12 lebih. cepat sungguh masa berjalan kan. dan tinggal sehari lagi kita semua akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan... kena persiapkan diri, mudah2an kita semua diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa siang dan malamnya...Insya Allah. selain itu, sebagai tukang masak nak jugak sediakan apa2 yang patut untuk menu berbuka nanti... salah satunya frozen popia ni.... buat banyak2 n frozenkan, nanti2 kalau jem tak tau nak masak apa, kita goreng jer popia frozen ni. mudahkan!

 off to the freezer,  hasil keras tangan kak rose... bermacam2 saiz ado!

banyak kak rose buat ni.... tapi yang tak bestnya, kulit popia ni dah mencanak2 harganya...rm5.90 per 50pcs pack... agaknya len kali kena belajar buat sendiri kot kulit popia nih! cara kak rose nak simpan frozen.... bila dah siap gulung tu, masukkan dulu dalam freezer. bila dah beku barulah simpan dalam zipper bag, mudahkan. lain orang mungkin lain caranya.... kalau ade cara lain mungkin boleh sharekan kat sini pulak ya kawan2...

sebelum simpan, nak jugak merasa.... goreng sket untuk minum petang kami anak beranak...sedap, cicah dengan sos cili yang buat sendiri... lagi la sedap! untuk inti popia ni kak rose bubuh udang, carrot, sengkuang dan taugeh. vegetables popia la kiranya dan selamat berpuasa buat kawan2 semua....

Wednesday, June 25, 2014

Ketakutan dimusim panas!!!!

musim panas, mencanak2 bill!. hadoiiiii..... 
salah siapa.... sendiri?, tnb? el-nino? bayar jer la labuuuu

Tuesday, June 24, 2014

Apam perlis

 apam perlis yang dah abes dimakan.... anak makan bagai x hengat mama ngan ayah nya... ni mesti sedap kuih apam yang mamanya buat kan.... he he he kes masuk lift n tekan sendiri.... atau pun syok sendiri jer. tapi mmg sedap pun apam perlis ni pada anak mama yang balik bercuti... ialah selalu asik makan kat kedai jer, jadi bila dapat makan yang mama masak memang hantam sakan la ya. apa pun mama sangat suka bila masak ade yang nak makan... barulah bersemangat nak masak kan!

resepi apam perlis ni mudah dengan bahan yang sangat minima untuk kulitnya dan inti tu boleh diubahsuaikan ikut la anak tekak sendiri. ikut resepi dari Wendy ni dia guna inti kastad, tapi kak rose guna inti kacang merah yg ready made.... cuma sediakan kulitnya saja. meh kak rose kongsikan resepi mudah dari Wendy ni... kalau nak tengok resepi inti kastad g lah kat blog Wendy tu ya....

Batter
150gm all purpose flour (9% protein)
250ml water (or pandan juice)
Small drop of yellow food colouring
1 tsp Eno fruit salt

1. Mix flour, water and colouring together until a smooth batter forms. Add in Eno, stir it (it will fizzle) and leave it for 15 minutes.
2. Heat a frying pan on medium low heat, put in 2 drops of oil and wipe around with tissue.
3. Put in 1 Chinese soup spoon of batter and fry until the surface is fully set.
4. Remove the pancake onto plate and fry another piece of pancake.
5. While waiting for each piece of pancake to cook, fill the pancakes with 1 heaped tsp of custard and fold into half. Gently press to seal the sides. (do this before it totally cools down) (kak rose tekan guna garfu)

Monday, June 23, 2014

Kisah TM lagi!!!!

lanjutan dari kisah ni. nak marah pun tak guna kan.... siapalah kita nak komplen banyak2... tak mendatangkan hasil berjuta2 untuk company pun, jadi bila buat aduan x de sapa pun nak amik pot.... agaknya kita kena jadi somebody2 barulah tm akan bagi response yang cepat kot. ni  selepas sebulan masih tidak dibaiki, dan setelah beberapa kali bagi mesej yang mengatakan service has been restored yang menipu, so option yang ade potong jer la line tu kan...tarikh cut off line tu ialah 11/6.

 13 jun terima sms, service dijangka beroperasi semula pada 15/6 tapi selepas tu terima sms lagi kata ada gangguan service dikawasan tu...line hantu kot yang masih di attend to it. tp yg sebenarnya mmg line pun dah potong.

sms 23 jun, their technical team still trying to restore the connection.... adekah pihak technical dan bahagian yg bagi info ni tak communicate... rasa nak ketawa pun ade dengan menda cam ni!  x kuasa lah nak bagitau yg talian tu mmg dah x wujud, x kan nak call 100 yg cuma bercakap dengan mesin tu..... kak rose bukan robot!

dan tu diah!!!! hari ni dapat sms that the problem has been resolved. nak cakap apa ek?????? huh!

Ayam kandar

 ayam kandar yang dimasak dalam kuali.... x de nya nak kandar bagai kan!!!! masak untuk lunch hari sabtu lagi, walaupun dah habis nak jugak tepek kat sini... kalau ade sesapa nak mencuba masak lauk untuk lunch hari ni....sekarang semua information dihujung jari, nak makan ala2 nasi kandar x yah nak g kedai mamak dah, kita boleh sediakan sendiri jer... jom tengok resepinya yang kak rose kopi dari hana... sedap hingga menjilat jari tau!

Bahan-bahan
  • 1/2kg ayam
  • 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • garam dan perasa
  • air
  • (kak rose tambah 1tsb cili blend)

Cara-cara
  1. Ayam dpotong dan dbersihkan. ketepikan.
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. Masukkan ayam dan air. masak hingga ayam empuk.
  6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.

Saturday, June 21, 2014

Kerabu mangga kerisik ala Siam

 slurpppp!!!!.... kecur air liur tengok kerabu mangga ni tak? rasa kelainan kerabu ni sbb ade kerisik dalam tu. sedap sangat pada kak rose ler...sambil menaip ni pun boleh kecur air liur lagi tau! pada hal semalam dah meratah kerabu mangga ni. anak yang x suka makan sayur pun suka jugak dengan kerabu mangga ni. dan yang bestnya mangga apple ni tak masam langsung, suka sangat sbb kak rose mmg x suka yang masam2 tu...dan bila perahkan sedikit asam limau baru ade rasa masam sket... yang tekak ni masih boleh terima!

meh kak rose kongsikan resepinya kat sini.... kopi dari dapur sifu masak2 CMG yang femes tu. mekasih ya Mat... walaupun kak rose x de daun ketumbar tu, tp tetap sedap pada kak rose ni....

BAHAN-BAHANNYA :-)

3 biji mangga epal, yang mengkal, diparut atau hiris memanjang
4 biji bawang merah, hiris halus
1 batang serai, ambil bahagian putih sahaja, hiris halus
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
Sedikit daun ketumbar, hiris halus (tak letak) (kak rose pun x dak!)5 biji cili padi, hiris halus (mat guna 4 merah dan 4 hijau) (kak rose guna 2 biji jer)
2 camca besar udang kering, rendam dlm air panas sekejap, tos dan tumbuk halus
1 camca besar gula pasir
1 camca besar perahan jus limau nipis (mat guna limau kasturi)
2 camca besar sos cili Thai (mat guna sos chili thai "LIFE")
4 camca besar kerisek (mat guna 2 camca besar sahaja)
Sedikit garam, jika perlu (mat guna sos ikan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam mangkuk besar, campurkan mangga dengan semua bahan-bahan yang dihiris dan dimayang tadi. Gaul rata.
  2. Masukkan gula, udang kering, jus limau nipis, sos cili Thai, garam dan akhir sekali kerisek.
  3. Gaul rata semua bahan hingga sebati dan seimbangkan rasa ikut tekak memasing. Hidangkan dengan nasi putih. Selamat Mencuba...!

Friday, June 20, 2014

Potato salad

 bermacam2 versi potato salad yang cuma tinggal gambar jer... mudah disediakan dan enak sekali buat orang malas nak masak macam kak rose ni... rebus kentang n potong2 gaul ngan mayonis n ready to serve... sedap makan cenggitu jer, memang malas sungguh nak masak nasik bila duk sorang2 kan... cuma yang amik masa nak goreng daging cincang tu, tapi nak makan punya pasal kena lah buat jugak. tapi bila buat kerja sambil berface book, main game bagai.... goreng mince meat tu pun hangus, hitam keras kelentung jadinya.... meh kak rose kongsikan resepinya kat sini.... resepi asal dari buku Prima Mini Book Recipe untuk sapa 2 yang nak mencuba...

ingredients:

200 gm potato (boiled n quatered)
100 gm mayonnaise
30 gm powdered mustard (kak rose x letak)
50 gm shallots (finely chopped)
5 gm salt
5 gm black pepper
some crispy cooked minced beef
shredded timun n carrot --> yg ni kak rose memandai tambah

method:

mix well potato, mayonnaise, mustad n shallots
add salt n black pepper to the salad mix n mix well again
spread some cooked minced beef on salad
ready to serve

Wednesday, June 18, 2014

WW: Iklan...

zaman IT.... bangang pun ade dijual beli!

Monday, June 16, 2014

Kuih ketayap inti kacang merah

nak buat kuih ketayap tapi tak rajin nak buat inti kelapa yang lemak manis sedap tu.... so pilihan orang malas ni, guna jer apa yang ade. inti kacang merah ni beli ready made masa balik kampung ari tu...masa beli tu beriya sangat nak buat apam, dan dengan bersungguh2 mencuba tapi hasil kejadiannya adalah sangat tak menarik dimata walaupun habis jugak dibaham... mungkin sbb masih panas2 tu terus masukkan inti jadinya dia melt n berbintik2 hitam keluar.... mencacatkan kaler kulit apam yang dah sedia x cantik tu... nanti kalau rajin dan ade kekuatan akan cuba sekali lagi buat apam tu... baru boleh tepek kat sini.


tinggalkan kisah apam yang tak cantik tu, kita gulung jer inti tu dalam ketayap ni... pasti tak melt n berintik2 keluar.... so tak lah jadi macam kulit dayang senandung kulit ketayap ni... resepi mudah kulit ketayap kak rose copy dari blog hana. mekasih ya...

Bahan-bahan untuk kulit:
sumber: Hana

*1 biji telur
*2 cawan tepung gandum
*1/2 sudu teh garam
*2 cawan air
*1 sudu besar air pandan
*sedikit pewarna hijau
minyak untuk mendadar

Cara-cara
Blend semua bahan yg bertanda *.
Lengserkan minyak atas kuali. Dan dadarlah adunan tadi hingga masak.
Angkat.Masukkan inti dan gulung.
Siap dihidang.

Sunday, June 15, 2014

Kari kepala ikan

 salam hujung minggu buat semua...kari kepala ikan tenggiri dengan bende yang dimasak sampai lebam untuk jamu mata jer ya. kak rose masak hari kamis lagi, tp x de sapa nak makan nasi pun, so bila panaskan untuk lunch hari jumaat tu, bende yang cantik hijau pun dah naik lebam jadinya... x kisah lah lebam pun asalkan sedap, sampai bertambah2 makan nasi!

masak pun sempoi2 jer style kak rose yang main taruk dengan apa yang ade...so, kalau nak resepi kari kepala ikan ni cuba2lah tanya cik google ya. pasti ade jawapannya kat sana. hari ni x masak n nak jalan2 cari makan.... malas la tu kan?

Saturday, June 14, 2014

Jus belimbing buluh+asam boi


 salam hujung minggu yang panas berdeting.... cuaca yang sangat panas sekarang ni sangatlah tidak selesa dan kena jugak minum baaaaaanyak air, tak kira lah air apa pun kan.  kak rose memang banyak minum air masak saja... no ice ya, tapi sesekali nak jugak yang sejuk2 gitu.... dan asam belimbing ni kak rose amik kat tepi padang permainan yang kak rose gi brisk walk pepagi hari tu...banyak buahnya tapi terbiat luruh gitu saja. sayangkan. dan kak rose amik segugus ni untuk buat jus, sejukkan tekak di hari yang panas tu. lama dah pun buatnya tapi nak jugak tepek kat sini...

segugus asam belimbing buluh yang fresh dari pokok.... just blend bersama air secukupnya, tapis n masukkan asam boi, sejukkan, let it blend for a while n boleh lah dinikmati. no sugar added ya... jus ni akan manis dengan asam boi tu jer. memang nikmat dapat minum yang sejuk2 dicuaca yang panas ni. kawan2 kalau ade belimbing buluh ni boleh lah mencuba. sedap n nyaman ditekak!

####psstttt....ari ni gantung piok kuali, ade 3 kenduri nak kena hadiri nih....

Friday, June 13, 2014

Kuih cara berlauk

 Asalamualaikum dan salam hari Jumaat penghulu segala hari.... salam nisfu Syaaban jugak pada semua. ramai yang berpuasa hari ni, dan tadi masa dimajlis bacaan Surah Al-Khafi pun ramai muslimat yang berpuasa. Alhamdullilah. tapi kak rose tak puasa pun dan buat kuih ni dipagi hari untuk pot luck majlis tadi. actually ni first time buat kuih ni, selalu buat yang manis tu jer sbb anak mmg suka sangat dengan kuih cara manis ni...kira ni first experiment la, nasib baik menjadi dengan jayanya! masuk lift tekan butang sendiri kak rose ni kan! haishhhh!!!!

 resepinya kak rose cnp dari blog Gee, mekasih kongsi resepi dan kak rose mintak nak kopikan kat sini lak ya.... nnti bulan puasa boleh cuba lagi buat ni. sedap!

Bahan untuk Inti

200g daging cincang
1 biji bawang besar, dipotong dadu
3 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kari dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan pes
sedikit minyak untuk masak
sedikit daun bawang dan daun sup dipotong halus
sedikit garam dan gula

Bahan untuk batter :

1 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur

1 cawan santan
1 1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit pewarna kuning telur


Cara-cara membuat kuih cara berlauk:

1. untuk batter kuih cara, masukkan semua bahan dan gaul sebati. Jangan terlalu cair. ketepikan

2. untuk inti, panaskan minyak, tumis bawangputih yang ditumbuk, masukkan pes serbuk kari sehingga naik minyak. masukkan daging dan gaul sebati.

3. masukkan bawang, daun bawang dan garam. gaul sebati. masak hingga kering kuahnya.

4. panaskan acuan kuih cara di atas dapur, sapukan minyak pada acuan, masukkan batter kuih cara. kemudian masukkan inti kedalam batter kuih cara tersebut. hias dengan cili merah dan daun sup.

5. biarkan 7-8 minit atau sehingga kuih masak.

Thursday, June 12, 2014

My 2nd blog?????

my 2nd blog??? satu blog pun tak terlarat nak mengupdate setiap hari, apa lagi kalau nak handle 2 blog at one go kan... tp x tau la camner most of my entry ade kat sini.... not only mine tapi ade banyak lagi entries dari blog-blog yang lain...and claim to be dia punya, Blog Resipi Malaysia! or memang kak rose yang buta IT ni tak tahu menda2 sharing ni????  every time kak rose buat entry baru terus jer blog ni pun terupdate sama ker? eh!!!! pening arrrr!!!!

kak rose mintak tolong pada kawan2..... tolong la bagi pencerahan pada situasi cam ni, maklumlah buta IT sangat2 nih!

Wednesday, June 11, 2014

WW: Nak cuba tak?

idea baru penyejuk tekak....home made coffee ice cubes dalam susu

Monday, June 9, 2014

Begedil daging burger

 gamba lama yg pernah buat dulu.... beso2, makan ngan fresh salad!

 begedil yang cuma tinggal gambar saja.... memula nak tiup habuk2 dan sapu sawang kat blog yang lama terbiar ni.... begedil ni pun buat untuk majlis bacaan surah A-Khafi pada hari jumaat lepas... buat pun macam emergency saja, sbb baru balik dari kampung dan x plan nak buat bacaan ni kat rumah kak rose, tp disebabkan kawan yang dah amik giliran tu x dapat buat dan tak de sapa nak sahut dia punya distress called, maka kak rose pun volunteer kan diri. so sepetang khamis tu bz siapkan bahan2 nak buat soto ni, termasuk lah begedil daging berger ni.... freezerkan dan esok pagi2 baru goreng.

 begedil daging burger emergency....kecik2 jer bahan sampingan untuk soto ayam

 nasib baik semua bahan ade kat rumah, so mudahlah nak sediakan semuanya walapun sedikit kelam kabut sbb x dak assistant yang boleh tolong.... sambil rebus nasi impit, buat kuah soto n buat jugak begedil ni dan siapkan segala mak nenek bahan sampingannya.... resepinya kak rose amik dari Diana dan kak rose pernah buat jugak

 sebahagian yang masih berbaki.... belum masuk dalam koli.

resepinya... kak rose buat sekilo kentang, so memandai la nak adjust bahan2 tu ya.

Bahan²
2 biji kentang saiz sederhana besar
Sedikit garam
1 keping daging burger
Daun sup / daun bawang dicincang _ optional
1/2 - 1 sb tepung jagung
1/2 sudu teh perencah pati ayam Tumix _  (kak rose x bubuh)
1/2 sudu teh Maggi seasoning _ ( x de)
Sedikit serbuk lada hitam
bawang goreng - yg ni kak rose tambah


Bahan² A
1 biji telur _ dipukul sedikit + secubit garam
Minyak untuk menggoreng
 begedil daging berger berposing dalam soto ayam n nasi impit....

Cara²

  1. Basuh dan buang kulit kentang.
  2. Rebus kentang dalam air bergaram sampai tenggelam hingga empuk.
  3. Menggunakan garfu, lenyek-lenyekkan kentang hingga lumat ( ketika kentang masih panas ).
  4. Bila kentang agak suam, masukkan daging burger ( defrost dahulu ), daun sup/daun bawang ( jika guna ), perencah pati ayam, serbuk lada hitam dan Maggi seasoning. Gaul sebati.
  5. Masukkan 1/2 sb tepung jagung dan gaul sebati. Adunan jangan terlalu kering atau terlalu basah, takut berderai atau hancur semasa goreng.
  6. Kalau nampak basah, tambah lagi 1/2 sb tepung jagung.
  7. Ambil segenggam adunan, kepal-kepalkan sedikit dan bulatkan dengan kedua-dua tapak tangan. Leperkan sedikit dan susun atas dulang/pinggan. Buat sampai adunan habis.
  8. Simpan dalam peti sejuk dahulu sementara panaskan minyak dalam kuali ( untuk mengelakkan begedil hancur ).
  9. Celup adunan begedil satu per satu ke dalam telur dan goreng dalam minyak yang sederhana panas.
  10. Jangan selalu diterbalikkan, cukup bila satu permukaan sudah nampak keperangan baru terbalikkan begedil untuk masak permukaan yang lagi satu.
  11. Angkat dan toskan atas paper towel.

Thursday, June 5, 2014

Pulut mangga thai


salam dan selamat pagi semua... apa agaknya sarapan pagi ni ya... kalau nak sarapan dengan pulut mangga pun boleh kan, tapi kena berhati2 sbb ade orang yang makan pulut ni jadi lemah dan mengantuk pulak.... kang tak pasal2 kena sergah dengan boss pulak!. apa pun pulut mangga santan ni kak rose buat untuk minum petang semalam... pulut n mangga ori dari thai yang dibawakan oleh my beloved  mil yang datang menjenguk kami disini...

 

 resepi pulut ni kak rose kopi dari blog citarasawan, mulanya kak rose berkenan sangat dengan presentation dia, so nak cubalah cam tu kan.... tapi ni la hasil keras tangan kak rose... sobek sana sini. untuk nak sedapkan mata, apalah ade pada rupa kan.... yang penting sodap gitu!. mintak izin nak kongsikan resepinya kat sini ya kak1. mekasih.


Bahan-bahan 
2 biji mangga - potong ikut suka
250gm beras pulut - rendam semalaman atau 4 jam
100ml santan + 1/4 sudu teh garam
2 helai daun pandan - carikkan

Sos santan
150ml santan KARA
150ml air
4 sudu besar gula perang
1/4 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
4 sudu kecil tepung jagung larutkan dgn sedikit air





Cara-cara :
1.  Tos pulut dan kukus selama 15 minit.  Angkat dan masukkan ke dalam bekas.
2.  Gaul bersama santan hingga rata.  Masukkan kembali ke dalam pengukus bersama daun pandan.
3.  Kukus semula selama 20 minit atau hingga masak.
4.  Sos santan :  Satukan semua bahan kecuali tepung jagung.  Masak hingga gula larut.  Kemudian masukkan tepung jagung dan masak hingga sos nampak pekat.
5.  Hidangkan pulut bersama mangga dan sos santan.

Wednesday, June 4, 2014

WW: kisah cadburied

 best offer! discount 90% nih.....

itulah kisahnya..... kkm kata ade, jakim pulak kata takde. depa pinjam iklan chipsmore je!

(gamba pinjam, mintak halal ya.)

Monday, June 2, 2014

kerajinan diawal bulan....

 bye bye Mei dan selamat datang June.....separuh jalan dah kita didalam tahun 2014 ni, dan tak lama lagi menjelang pulak bulan Ramadhan Al-Mubarak. semuga kita semua diberikan kekuatan untuk menghadapi hari2 yang mendatang dengan penuh keberkatan. Aminnnn. tajuk kan main lagi kan...... kira rajin la tu kan...  lama x masak gulai kuning cam ni, tapi yang ade cuma ikan bawal dan kacang panjang, so gandingkan keduanya dan buat masak lemak cili api stail nisemilan dengan kuah yang pekat kaw kaw punya.... makan pulak dengan nasik panas2 dan ikan masin kurau..... wallahhhhh bertambah2 makan nasik! dah la seminggu ni berehat dari berbrisk walk, tapi makan pulak cam tak leh nak control! balik kampung ade orang dah tegur.... gumuks!

 buat juga jus kedondong asam boi ni... buah kedondong yang banyak amik dari kampung. pure punya, no sugar added, cuma manis dari asam boi tu jer. sedap!

dan petang pulak buat kuih apam perlis/kuih tangkup ni....tapi ngapa lah macam bocor2 jer kulit tu, so nampaklah hitam bertompok2 inti kacang merah tu.... dah la kaler sungguh x cantik ditambah pulak dengan jeragat tu, hazab sungguh rupa paras kuih apam nih! apa pun rasa memang ngetop dengan ready made red bean paste yang kak rose bli dari kampung...rajin kan semalam, seharian didapur. jangan muntah ijo pulak baca kerajinan kak rose ni....naik lift tekan butang sendirik!