Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, May 18, 2014

Ikan jeket sumbat sambal kelapa

 Asalamualaikum dan salam hari minggu buat semua.... hari gantung piok belanga sbb nak g kenduri tengahari nanti, kalau tak g kenduri pun mmg jarang sangat nak memasak kalau cuma untuk kami berdua...lebih baik makan kat luar atau tapau jer kan.... sah dan pasti gaya orang malas ni! hari ni kak rose nak tepekkan ikan jeket bersambal kelapa yang kak rose buat beberapa hari lepas....so tinggal gambar jer la ya. meh kak rose kongsikan resepinya yang dicnp dari nshafea blogspot.com. mekasih kongsi dan mintak izin nak tepek kat sini....

Cencaru Sumbat Sambal Kelapa

Bagan-bahan
3/4 ekor ikan cencaru / ikan jeket -dibelah belakang, dicuci bersih.
Gaul sama garam & kunyit, ketepikan dahulu)
Bahan sumbat
1/2 biji kelapa parut
1 cawan cili kisar - nak pedas lebih kan cili
4 ulas bawang merah *
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
3 batang serai*
garam & serbuk perasa secukupnya

Cara menyediakan
Bahan yg betanda * blend kering - sy tumbuk je
Dalam satu bekas masukan bahan yg di tumbuk tadi campurkan dgn kelapa parut, cili kisar, garam, gula gaul hingga sebati
Kemudian sumbat sambal kelapa pada badan ikan yg di belah dan sumbat juga kat bahagian yg sebelah kepala/perut padat2
Panaskan minyak dlm kuali.. goreng ikan.. hati2 masa tebalikkan ikan jangan sampai sambalnye tekeluar...

* Kalau ada lebihan sambal kelapa bolehlah di goreng dgn minyak yg sedikat...grg garing2 tau sdp cicah sama ikan....

3 comments:

adda syuhada said...

sedapnyerr...

tun_telani said...

Sedap nih.. lawan pulak ngan sayur masak lemak.. fuhhhh.. x toleh kiri kanan makan nasik.

Anonymous said...

Nampak ikan tu mcm dibakar, ya..