Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, March 10, 2014

Sup tulang untuk lunch

 tulang yang dah lama sangat terbiar keras kejung dalam freezer tu baiklah kita transformkan dia jadi sup yang sedap nih. masa bli mmg beria nak masak tapi bila dah simpan, teruslah biarkan dia bertapa dalam freezer tu. so dihari minggu yang rajin sementara ingat esok pulak air kena catu, baiklah masak  untuk hidangan tengahari... sllu hujung minggu asik malas jer, hari sabtu pun tapau je lunch kami!

 resepi kak rose amik copy dari kak hanieliza, mekasih ya kak. dulu dah buat dan ni pun guna resepi yang sama....sedap weh.  just nasi n sup tulang ni, dan paling tak lupa sambal kicapnya.

SUP TULANG 
Bahan-bahan

1 kg tulang berdaging
2 s/b minyak makan
2 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang lobak merah [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk]
2 biji tomato [belah 4]
garam
bawang goreng (kak rose lupa la pulak nak tabur!!!!)
air secukupnya 

Bahan tumbuk
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam 


Bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga 



 lemak yang begitu banyak.... masuk dalam fridge kejap, bila dah beku kaut n buangkan...


Cara membuat
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di tulang betul-betul lembut. (20 minits jer guna pressure cooker)
5. Masukkan kentang, lobak merah, air dan garam. Biarkan mendideh.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan lobak merah lembut.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Hidangkan dalam mangkuk besar. Taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.


so makan lah denga rasa tak bersalah sebab dah buangkan lemak2 tu....

3 comments:

Unknown said...

Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

Fazleyatul Aini said...

semalam pon mak masak sup tulang. tapi untuk masak mee sup hihi

Khairul Bariah said...

sup tulang...sedapnyer, lama tak buat.
ooo cam tu yer nk buangkan lemak dia.
sy bw sini dan follow :)
http://sweetmemories4u.blogspot.com/