Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, November 5, 2013

Tauhu kukus sambal udang kering

 salam Maal Hijrah buat semua....dan tahun baru ni kak rose mulakan dengan menderhaka resepi tauhu lembut ni....maaf ya HaSue, amik resepi dan bahan yang sama tapi memandai olah sendiri cara masak tu... instead of berhias dengan udang kering kak rose dah leburkan semua bahan n tumis... kes tersalah information.... baca x abes. jadi la gitu ghopanyer! so kalau kawan2 nak tengok yang tauhu lembut ni betul2 berhias sila lah g ke blog HaSue tu ya.

resepi asal dari HaSue....

Bahan2:

* 1 ketul tauhu lembut
* 1 sudu makan kicap cair
* 1 sudu makan sos tiram
* 3 sudu makan udang kering(ditumis wangi dan dikisar halus menggunakan pengisar bhn kering)
* 1 sudu teh minyak bijan
* 1/4 sudu teh garam
* 1/4 sudu teh lada putih
* Daun bawang,daun sup,cili hiris dan bawang goreng untuk hiasan tambahan
(sebiji cili merah - yg ni kak rose tambah n blend sekali ngan udang)

Cara:

1. Masukkan tauhu lembut ke dalam bekas,lumurkan dengan garam, lada putih,sos tiram dan minyak bijan. Renjiskan kicap cair sebagai perisa.
2. Kukuskan tauhu lembut selama 10 minit
3. Setelah masak taburkan udang kering yang telah ditumis (dan dikisar) bersama daun bawang dan 'hiasan' lain..
4. Selamat mencuba..

2 comments:

DYatie ABakar said...

Ok. Scrumptious! Huuuu.

azieazah said...

Nampak senang. Tapi sampai skang tak terbuat buat pun lagi. Alahai...