Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, October 7, 2013

Wantan goreng

 wantan goreng yang dah buat beberapa hari lepas.... keras tangan kak rose nak melipat kulit wantan ni, berkali2 tengok tutorial, tp ttp jugak x menjadi...senget2 jadinya dan banyak yang terkoyak terkena kuku masa melipat tu, nasib baik je x de yang terburai masa menggoreng tu. jenuh nak melipat, sudahnya amik kulit popia n bertukarlah bentuk wantan kak rose....he he he...resepi kak rose cnp dari blog tun telani, mekasih share resepi ya tun. mintak izin kongsikan resepinya kat sini pulak

nak melipat tu kak rose tengok kat blog linapg.  masa ni masih gigih mencuba, dapat lah sikit yang rupa wantan senget tu... kalau tengok yang linapg ajarkan tu mmg cantik sangat, tp apakan daya, kak rose ni mmg x berseni.. dan kalau kawan2 nak tengok cara melipat wantan tu boleh la g ke blog Teratak Mutiara Kasih tu ya.

Bahan2:
  • 1 peket kulit wantan
  • 200 g isi ayam- kisar - tun guna bahagian dada, dadukan
  • 100 g isi udang - dadu
  • 1/2 bj bawang besar- cincang halus
  • 2 tsp tepung jagung
  • 1 tsp minyak bijan
  • 3 sudu makan kicap cair - tun lupa nk letak
  • 1/2 tsp lada sulah - tun letak serbuk lada hitam
  • 1 btg carrot - sagat - tun tambah
  • 1 cwn kobis sagat - tun tambah
  • garam secukup rasa
Cara2
  • Gaul sebati semua bahan inti dan perap dlm peti sejuk selama sejam.
  • letakkan 1 sudu kecil inti dlm kulit wantan dan bungkuskan. Basahkan bahagian tepi kulit wantan supaya dia melekat.
  • Goreng hingga kuning keemasan dan blh dihidang dgn sos cili.
wantan yang dah bertukar rupa....buat berjam2 tp makan kejaaaaap je dah abes!

7 comments:

tun_telani said...

Salam kak ros.. hihi.. wantan menyamar jadi popia ye ;) sedap, mmg sekali hadap habis nih. comel je wantan akak, tun bab lipat2 ni fail sket.

HALAMANKU said...

Salam kak rose kruk krak kruk krak sedap mkn cam tu.. cicah sos.. akak puas ati wat sendiri kalau kat chicken rice shop tuh 5 hingget ader 6-7 ketui jer he he he

Kak Rose said...

Tun, buatnya berjam2....bila ngap sekelip mata dah abes...mmg x pandai nak melipat, tu yg menyamar jadinya....

Kak Rose said...

Erma...mmg puas ati dapat makan, tp sedih tang rupanya tu....dah menyamar la pulak!

LiNa_Pg said...

Assalam kak roseh,nk buat smpan berjam2 tp nk mkn 10min selesai hihii.Cntk sgt dh rupa paras smpn tu

Alia Laila said...

Dulu masa sekoah, berebut dengan kawan-kawan nak beli dekat kantin. Hehe. Sedapp !

Sweet red cherry said...

bestnya makan wantan goreng..sedap cicah dengan sos cili..