Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, October 27, 2013

Sup tulang

 salam hujung minggu pada kawan2 semua...hari ni ade sket rajin nak masak sup tulang yg kak rose bawak dari kampung masa buat korban ari tu...sejak balik, ni lah baru nak masak tulang ni dan yang daging masih berselimut beku kejong dalam freezer. x tau bila la pulak nak masaknya... tunggu vit r mari dan tunggu jugak hingga ada yang nak makan...tunggu anak balik cuti next week kot.

 sup tulang yang sedap ni resepinya kak rose tanya cik google carikan...dan sllunya kak rose akan tengok kat images dulu, mana yang cantik dimata tu la yang akan kak rose click bukak, tengok resepinya dan yang paling penting ada bahan yg cukup untuk masaknya la kan... dan resepi yang ni dari chef tersohor Kak Hanieliza, mmg sedap hingga menjilat sudu la kiranya...tq kak liza, mintak izin nak sharekan kat sini lak ya...

SUP TULANG 
Bahan-bahan

1 kg tulang berdaging
2 s/b minyak makan
2 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang lobak merah [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk]
2 biji tomato [belah 4]
garam
bawang goreng (kak rose lupa la pulak nak tabur!!!!)
air secukupnya 

Bahan tumbuk
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam 



Bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga 



Cara membuat
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di tulang betul-betul lembut.
5. Masukkan kentang, lobak merah, air dan garam. Biarkan mendideh.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan lobak merah lembut.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Hidangkan dalam mangkuk besar. Taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

 
pc yang banyak memabantu mempercepatkan memasak.... rebus tulang dalam 20 minits jer dengan pressure cooker cap idaman suri ni, dan nak cepat dapat bukak tudung piok tu, lalukan dibawah air paip...lagi cepat keja dan cepat jer dapat makan

5 comments:

adda syuhada said...

Assalamualaikum Kak Rose....sedap plk tengok sup tulang Kak Rose ni..

Sweet red cherry said...

sedapnya sup tulang..slurp..

azieazah said...

Saya takda pressure cooker, lalu rebus dalam rice cooker jer. Nak jimat gas konon. Tapi hasilnya, tetap enak.

Wahhh ni hirup panas-panas, berpeluh dibuatnya!

Torviewtoronto said...

deliciously done looks wonderful

Unknown said...

Good info