Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, September 13, 2013

Laksam.... lamanya x makan ni!

 akhirnya.... dapat jugak membuat laksam yang lama sangat diidam2kan ni...balik raya kerumah mil baru ni pun x dapat makan, so mmg kira sangat termengidam nak makan laksam ni lah! dulu2 mmg x pandang pun dengan menda ni tp bila pindah ke langkawi dan berjiran dengan mek kelante, dia pulak rajin buat dan bagi kami merasa terus lah jatuh chenta dengan laksam ni.... dan bila dapat resepi, boleh buat sendiri lagilah nak makan saja.... cuma x rajin nak membuatnya. tapi semalam kak rose merajinkan diri sbb nak sangat makan, kenalah buat sendiri kan....

 masih guna resepi dari Yani@Myr, memang menjadi dan elok je kejadian laksam ni. kak rose kongsikan kat sini lagi resepinya ya. mekasih banyak2 ya Yani.

Bahan-bahan

  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam
Bahan ulam
  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
  • >>cili:
  • cili merah
  • belacan (kak rose x makan so gantikan ngan udang kering)
  • garam
  • limau 
 bahan kuah:
  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula
 
 puas dapat mengulang-ulang makan....mengalahkan orang mengidam pulak!

Cara-cara
  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

8 comments:

Sweet red cherry said...

salam kak rose,

sedapnya makan laksam..terliur tengok..

Kak Rose said...

Bbwana, hmmm mmg sedap. siap makan berulang2 lagi tu....

E-na Zarina said...

salam...e-na baru jer wat laksam last wekend kt umah mak...lps gian coz kt umah sndiri x smpt nk ngukus dgn si kecik...eh k.rose dh pindah langkawi??bila...punyala lm x bw..lngsung xtau citer terkini

Gee® said...

Waaaa...nk sikit...terlior!

Unknown said...

terliur nya kak noor tengok, walaupun baru je makan sedapppp

Unknown said...

Kali pertama menikmati laksam ketika bersekolah di raub. Beli di pasar minggu. Sedapnya. Terus jatuh cinta. Itu cerita puluhan tahun dahulu. Sampai sekarang cuma tahu makan saja.... :))

Unknown said...

Kali pertama menikmati laksam ketika bersekolah di raub. Beli di pasar minggu. Sedapnya. Terus jatuh cinta. Itu cerita puluhan tahun dahulu. Sampai sekarang cuma tahu makan saja.... :))

Unknown said...

laksam kesukaan kami sekeluarga tapi dulu2 buat bendalah ni la yg tension...hihi....skrg dah ok.