Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, June 11, 2013

Lunch dengan sup ayam

sebesen  fresh fruits... star fruit, sunkist orange n granny smith green apple

salam kawan2 semua.... maaf ya kawan2 yang jengah kat rumah kak rose ni asik hidang buah jer, tp x pe kan, buah2an tu x basi dan elok untuk kesihatan... sebenarnya tuan rumah sangat malas nak mengupdate rumah ni tp sayang pulak kalau biar ia bersawang....makan merajinkan diri walaupun dengan entry yang merapu meraban ni.... bila duk kat rumah sorang2 ni mmg malas sangat la nak masak kan, so santap je la dengan apa yang cepat dan mengenyangkan... ya lah nak masak x de sapa nak makan, kang cuma dapat penat jer....lagi pun kununnya nak shed the extra lemak2 yang degil kat badan tu kan... alasan malas nak masak je ni sebenarnya.... tp buah2 ttp jadi hidangan utama.

ari ni ada sikit rajin so masak la su ayam special ni... meratah sup jer, tp kalau sampai 2 mangkuk beso n sebesen buah, apa kes nak shed the lemak2 tu kan?...as long as x  de nasi kira ok la tu....nak sedapkan ati sendir jer sebenarnya! ...resepi sup ni dari Myr oleh tulip77... mekasih ya. sedap meghirup panas...

Bahan-bahan ( 8org )
  • 1 ekor ayam potong 16(kak rose wat 1/2 portion je)
  • 1 labu bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • sebatang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 iji buah pelaga
  • 2 bj kentang
  • 1 btg lobak
  • 1 mangkuk air panas br masak
  • lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam (kak rose omit aji n stok ayam)
  • daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara

  1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
  2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
  4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
  5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
  6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
  7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang

4 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Kalau saya tinggal sorang, masak nasi goreng jer kak ros... tu dah rajinlah buat sup ayam yg yummy :)

Kak Rose said...

Yatie, nasi pun malas nak masak! meh la tiupkan sedikit vitamin r tu kat kak rose ni.

adda syuhada said...

sedappnya!!!

Unknown said...

sedap sgt dah ni kak..simple tp xtau nak ckp la..letak plak kicap pedas sikit..haiyoooo